Rabu, 21 Januari 2015

REVIEW FILEM : PEEKAY (PK)








Seorang alien telah datang ke Bumi untuk membuat kajian tentang penduduk Bumi. Bentuk fizikalnya persis seorang manusia. berhidung, bermata, dua kaki dan tangan.

Namun sebaik sahaja turun dari kapal angkasanya, alat yang menghubungkan dia dengan temannya telah dicuri seseorang. Dan dia mencuba berbagai macam cara mencari kembali barang kepunyaannya. dia yang tidak boleh berbahasa seperti orang di bumi mendapat pelbagai macam halangan. orang menggelarnya Peekay (Pemabuk / Orang gila )


Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki dan dapat mencari cara bagaimana untuk berkomunikasi. Dia menceritakan masalahnya kepada lelaki itu dan pergi ke Delhi kerana diberitahu bahawa mungkin barang curian itu telah dijual di Delhi.


Dia ke Delhi dan menceritakan masalahnya kepada semua orang yang ditemukan.


"Cuma Tuhan yang boleh menolongmu" -kata-kata setiap seorang yang mendengar ceritanya.


Maka dia mencari di mana Tuhan. Pelbagai ritual agama yang dijumpainya dia lakukan untuk meminta Tuhan pulangkan kembali barang kepunyaannya supaya dia dapat pulang ke planetnya.


Suatu hari dia diketemukan dengan barangnya yang sekarang menjadi milik seorang pendita Hindu yang mengatakan barang tersebut adalah batu dari Dewa. Gagal mendapatkan barang kepunyaannya, PK berasa penat dan merasa semua itu sebagai satu perkara yang sia-sia. Dia merasa terlalu banyak Tuhan di Bumi. Tuhan orang Hindu, Buddha, Kristian, Islam.


Sehinggalah dia bertemu dengan Jaggu, seorang wartawan tv yang mencari berita. Dia berterus terang kepada Jaggu bahawa dia seorang alien. Dia diketawakan, dan akhirnya Jaggu percaya dia seorang alien. Dan ketika Jaggu melakukan sesuatu pada pemanggil yang tersalah nombor, PK malah merumuskan bahawa usahanya memohon bantuan Tuhan untuk mendapatkan semula barangnya sebenarnya diganggu oleh 'talian yang salah'.


Dan bermulalah usahanya mendapatkan barangnya dengan mengutarakan dan memberi beberapa penjelasan kepada Pendeta Hindu yang memegang barangnya bahawa apa yang ada pada Pendeta itu bukan batu dari Dewa.


Idea dari PK mendapat liputan hangat dari seluruh India. Orang-orang sudah mulai kurang percaya dengan pendeta-pendeta agama ketika mereka merasakan sesuatu ritual itu adalah tidak logik dan berlebih-lebihan.


Pendeta Hindu yang merasa tergugat dengan idealisme PK yang meluas kemudiannya mencabar PK untuk bersemuka secara live di kaca televisyen. PK menyahut cabaran.


Dan PK mampu membuktikan bahawa teorinya tentang 'talian yang salah' yang dibawa kebanyakan pendeta-pendeta agama adalah benar. Maka dia berjaya mendapatkan kembali barang kepunyaannya dan pulang ke planetnya.


Satu filem yang saya kira agak berat sebenarnya untuk digest. Namun di akhir filem saya tersenyum kerana sedar antara point utama filem PK ini.


Kalau mahu sesuatu dan memohon kepada Tuhan, tak perlu ada perantara. Tak perlu paderi untuk memohon keampunan dosa, tak perlu sami untuk meminta segala jenis permintaan, rezeki, pertolongan dan bantuan dari Tuhan.


Hanya perlu minta terus. Direct. Kita dan Tuhan.


Tak perlu orang lain.


Kan, Tuhan itu Maha Hebat? ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan