Sabtu, 14 Februari 2015

Koass Kulit Minggu 1 - Ketika engkau dipanggil dokter!


Bismillah.

Baru seminggu aku masuk kulit. Dua kali aku oncall kat hospital. Kat kulit ni tak adalah penat sangat. Kau oncall untuk selaber sahaja. Selaber tu kira macam ni -- kau akan berkeliling satu hospital masuk wad ke wad dan cari pesakit kulit. Mostly orang tak datang hospital dengan keluhan kulit. Orang akan datang dengan keluhan lain tapi ada jugak keluhan pasal kulit. Contoh -- ada tumor rahim dan gatal-gatal kat bahagian badan, orang cuma datang untuk masalah tumor. Dari situ bila doktor tanya ada sakit lain ke tak barulah pesakit akan cakap saya gatal kat sini, saya begitu begini. Dan doktor akan panggil dktor kulit untuk settle bab kulit. Jadi sebab tu kitorang koass ni kene selaber dan tanya ada pesakit kulit ke ak di setiap wad, sebab tak ada wad khusus kulit sahaja.

Jadi kalau dah nama jalan satu hospital dengan kod putih doktor tentu sahaja orang panggil kau doktor. Seriously the very first time orang tanya aku "mahu apa dok?" aku rasa macam speechless. Aku ni baru koass. Minggu satu pulak tu. Orang panggil doktor tu satu penghargaan besar sangat untuk orang kerdil ni.

Ada satu masa tu aku selaber pagi-pagi sebab aku jaga malam dari pukul 9 malam ke 8 pagi. Masa tu aku tengah berjalan kat koridor. Ada dalam 6-8 orang pakcik guard yang jalan lawan arus dengan aku. masa bertembung tu muka aku biasa je. Erkk, muka biasa aku ni agak sombong sikit, tapi aku tak sombong tau! Tetiba sorang pak guard tu cakap "Selamat pagi, dok!"

Masa tu aku rasa terkejut. Syukurlah aku ni kalau orang tegur memang jenis menggangguk cepat. Jadi aku angguk je la. Tapi aku rasa sentap gila. Aku ni koass je pon, baru masuk seminggu. Kenapa pagi-pagi nak muka ketat? Kenapa pak guard yang da kerja bertahun-tahun kat hospital pulak yang nak kena tegur aku?

Lepas tu apa lagi aku pasang la senyum lebar sepanjang selaber tuh. Tetiap kali masuk wad mencerah muka aku senyum sebelum tanya ada pesakit ke tak pada nurse kat nurse station. Ada yang balas ada yang tak. Ada jugak yang macam pelik --apahal lah budak ni pagi-pagi dah senyum sensorang. hahaha

Ade pesakit yang aku jumpa, dia orang makcik tua. Dia masuk wad untuk buang tumor dan gatal bahagian bawah perut. Kulit dia kat bahagian tu gelap sikit, gatal-gatal. Aku masuk tanya nama dia then panggil kawan aku sebab kitorang tercarik-carik pesakit. Bila datang balik kat katil, dia punya senyum sebab ada 'doktor' datang tengok, muka dia ceria sangat! Waktu aku tanya - soalan biasa dan bodoh je pun, dia menjawab dan mengadu penuh harap macam akulah doktor yang merawat dia. perasaan masa tu bercampur-campur.

Aku masih mentah. Belajar pun banyak yang dah lupa. Serba tak tahu. Tapi Allah izin orang pandang aku tinggi. Rasa malu sangat-sangat. Baru minggu pertama koass sahaja da muka ketat, banyak komplen sebab penat. balik rumah tak belajar. Malu. Malu!!

Harap-harap pengalaman aku minggu ni dapat didik aku untuk jadi low profile. lepas ni aku kena selalu ingat untuk senyum kat semua orang, Walaupun dr Rambo kata kalau senyum-senyum tu ada kelainan (ade penyakit). Hahaha


---------------------------------------

Itu bab senyum. Ade satu hal lagi yag aku nak kongsikan. Haritu masa dinas kat poliklinik kulit satu hospital ni, ade sorang makcik tu datang dengan melanoma. orang kata tumor kulit la senang. Ada pertumbuhan sel kat hidung. Tak besar sangat, ala-ala tahi lalat Izan Irdawaty je. Dia datang haritu sebab ada appoinment nak buat minor operation buang tumor tu.

Jadi kami si koass ni dibenarkan masuk bilik rawatan dan perhati prosedure yang doktor lakukan. ya Allah, gembiranya hati dapat tengok walaupun minor operation. Tengok doktor tu pegang pisau bedah, hiris kulit pesakit, jahit kulit pesakit. Hmmm, tak sabar nak praktis jahit menjahit ni sebab dulu masa osce blok trauma aku hari-hari lepak dalam bilik keterampilan bedah and praktis untuk biasakan diri. bila nampak dokter buat real depan mata rasa macam nak mintak izin buat aje. Hohoho!!

Seronok! Sangat seronok dan mengujakan. Tiga tahun aku aku tunggu untuk habiskan teori dan masuk praktikal sebab aku tak suka belajar tanpa benda depan mata -- aku lembab sikit. Jujur cakap, 3tahun aku belajar tu aku tak dapat banyak sebenarnya. huhuhu. Jenis aku belajar, aku kena tengok depan mata dulu macammana sesuatu benda tu baru aku boleh paham betul dan ingat.

Bahagian kulit tinggal 3 minggu lagi. Doakan aku lebih aktif belajar dan bertanya doktor dan cari kes!! ok, nak siapkan kerja ang banyak ni -Refarat mini 2, refarat besar, poster mini.  banyak nii!!! ;P

ok, babab!!

Sabtu, 7 Februari 2015

REVIEW BUKU: PROGNOSIS


Judul : Prognosis
Penulis : Jacknaim, MD
Tebal Halaman : 250++
Penerbit : Dubook Press




Seawal poster promo yang pihak Dubook Press keluarkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah lagi buku kedoktoran awal Januari lalu, aku terus mesej adik yang berada di Malaysia dan minta dia cari, beli dan hadiahkan buku Prognosis ini sebagai hadiah hari lahir aku. Sayangnya ketika dia masih bercuti buku itu belum sempat dirilis, jadi aku harus cari jalan dan cara untuk mendapatkannya seawal mungkin. Aku nak jadi antara orang terawal yang mendapatkan, membaca dan mereview buku Prognosis.

Tak lama lepas tu Dubook Press melancarkan pula promo 6 buku RM100. Kebetulan ada beberapa buku lain dari Dubook yang aku mahu beli, aku pun cepat-cepat whatsapp dan buat tempahan. Lepas tu baru aku fikir macammana pula caranya dari Malaysia nak bawak buku tu terbang ke Makassar, sebab Dubook hantar ke seluruh Malaysia sahaja.

Alhamdulillah, mungkin rezeki aku dan rezeki entah sapa-sapa lagi Allah izin ada seorang junior yang balik agak lambat sikit dari yang sepatutnya. Aku pun menebalkan muka membuang malu meminta izin menyusahkan dia barang sekejap. Maka dapatlah aku buku Prognosis yang aku tunggu pada 4 Februari 2015!

Dapat-dapat terus baca! Disebabkan aku pernah tweet yang aku akan kuat promot buku Prognosis ni, maka baru beberapa bab aku baca terus aku upload ke facebook. Setiap student Malaysia di Makassar yang aku jumpa aku tunjuk buku ni dan kata you should read this book! Otak bisnes aku pon tetiba terswitch on dan aku bukak order bagi sesiapa yang berminat.

Tapi tu la, sebab aku promote buku ni, maka aku kena lah jawab soalan-soalan yang ditanya. Kak, buku ni macam mana? Medical notes? Best tak? Eh, ni yang Diagnosis 2 tu ke? Ni sama macam Diagnosis ke? Diagnosis 2 ke Prognosis lagi best? Eh, ni yang penulis dia banyak-banyak ke sorang-sorang? Kak, ni buku omputih ke? Kak, ni translate eh? Paling kelakor bila orang tanya “Kak, Jacknaim ni muslim ke non-muslim?”

Adohai. Terkekek-kekek aku dengar pertanyaan comel dorang ni. Jadi secara ringkasnya aku nak cakap, buku Prognosis sangat-sangat berbeza dengan D1 & D2. Aku ada kongsikan 4 perbezaan buku Diagnosis dan buku Prognosis. Dan dalam review kali ini aku taknak cerita pasal buku lain!! Ini slot PROGNOSIS okai!!

Baiklah. Memula aku belek buku ni tengok-tengok isi kandungan untuk amik feel, aku terdetik : ala, takkan sama pulak buku ni dengan yang satu lagi. Macammana nak promote macam ni. Tapi aku pon teruskan pembacaan. Tetiba aku teringat. Semua buku ada pengkhususan bab tertentu. Kau gila ke buat buku takde dibahagi per chapter. Boleh juling pembaca, pening nak paham. Mana-mana buku pun ada beberapa bab, walaupun sekadar tulis bab satu, dua, sampailah empat ratus dua puluh lapan bab kalau ada.

Cerita-cerita dalam buku ini real life. Kau anggap saja macam kau tengah baca blog orang yang kongsi pengalaman hidup dia. Ada satu bab ni penulis bercerita tentang tawaran perubatan yang dia dapat walaupun result matriks kurang cantik. Korang tahu kan, sesiapa nak masuk perubatan kene result tip-top 4.00 CGPA! Aku tersenyum sebab cerita aku dapat tawaran pun lebih kurang macam gini lah jugak.

Kemudian dilanjutkan lagi tentang sedikit cerita ketika penulis dalam pre-klinikal. Zaman pergi kuliah belajar teori. Dan belajar teori ni tak semua akan smooth perjalanan pelajarannya. Ada yang Allah kasi ujian kene repeat. Pergh, pedih siot! Kadang-kadang rasa down gila bila teringat-ingat. Tak sekadar memahami perasaan penulis (sebab aku pon macam dia) aku dapat gain keyakinan balik untuk kejar sapa-sapa yang dah laju tuh. Sebab ada secret skill yang penulis kongsikan!

Oh ya. Aku yakin ramai di luar sana yang tertanya-tanya macammana sebenarnya sistem belajar perubatan ni? Well, aku sendiri yang belajar di Indonesia tertanya pasal sistem kat Malaysia. Dan secara umum, tak semua universiti melalui sistem yang sama. Mesti ada sedikit perbezaan mengikut kebijaksanaan pensyarah dan dekan. Dalam buku ni ada jugak dikongsikan sedikit tentang sistem di USM.

Cerita fasa klinikal pon dimulai.. Masuk bab ni aku agak teruja sebab start minggu depan aku akan memasuki satu sistem dan dunia baru dunia klinikal. Penulis berkongsi tentang cerita di beberapa bahagian posting, antaranya psikiatri, neurologi, bedah, dan obgyn. Penulis bukan sahaja bercerita apa yang dia nampak, tapi turut menyelitkan pandangannya dalam beberapa isu yang dikupas dengan cukup baik.

Jantung aku berdegup kencang saat membaca Catatan Profesional Exam III. Aku turut sama merasakan stress dan masa-masa tegang yang penulis hadapi ketika exam. Ini buat aku terfikir tentang masalah exit exam kami di sini. Sempat juga aku rasa takut dan saspen dalam bab-bab terakhir. Penulis berjaya buat aku termenung sebaik sahaja habis membaca buku ini jam 4.18 minit pagi Sabtu, 7 Februari 2015.

Jujur, aku sangat suka buku Prognosis. Cerita ini betul dekat dengan aku. Sesetengah kenangan penulis sedang dan mahu berlaku kepada aku ketika ini. So, memang banyak tips yang dapat aku ambil.

Prognosis tak ada cerita pasal doktor saja yang betul. Tak ada cerita doktor perli pesakit. Cerita pesakit salah 100% pun tak ada. Apatah lagi cerita yang mana doktor cakap ‘we are the best in Malaysia’?? cerita pasal bakal imam bakal bidadari? Kau carik cerita fairytale love story? SORRY! KAU TAKKAN JUMPA KAT DALAM BUKU PROGNOSIS!

Nasihat aku, kalau kau nak baca D1, D2, dan Prognosis, sila habiskan buku yang banyak penulis tu dulu. Baca Prognosis paling last. Sebab bagi aku, selepas aku bacadan hadam buku Prognosis yang memblend perasaan, jiwa dan fikiran aku secukup rasa, asam garam, rempah ratus, pedas manis masinnya, aku menghadap buku lainnya dengan rasa yang tawar.


Punyalah series buku ni sampai miang aku pon lari terperuk kat hujung sana. kehkehkeh.

Selasa, 3 Februari 2015

CERKONPEN : Ayah Hero Saya!


WARNING : PENGGUNAAN AYAT DAN BAHASA DALAM CERITA KONTOT PENDEK (CERKONPEN) INI TIDAK MENGIKUT TATACARA YANG SESUAI DENGAN AYAT-AYAT SKEMA BUKU MAINSTREAM. AYAT-AYAT DAN BAHASA YANG TERKANDUNG MUNGKIN MENGANDUNGI PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK SESUAI. PENULIS TIDAK MENYENGETKAN PERKATAAN-PERKATAAN BUKAN DALAM BAHASA MALAYSIA SEBAB PENULIS MALAS. PENULIS SAJA-SAJA TULIS CERKONPEN INI SEBAB PENULIS SANGAT KEBOSANAN.





“Ibu,” aku bersuara memecah kesunyian dalam kereta petang itu. Aku sedang memandu pulang ke rumah setelah mengambil ibu dari tempat kerjanya.

“Macammana ibu buat sampai anak-anak ibu tak buat hal depan orang?” aku meneruskan pertanyaan. Ibu senyap, sedang melayan emel-emel yang masuk ke peti surat elektroniknya.

Aku memandu sambil menunggu jawapan. Mungkin aku perlu ulang kembali soalan tadi. Semenjak dua ini soalan-soalan tentang bagaimana mendidik anak dengan baik selalu muncul dalam fikiran aku.

Nak diikutkan, aku bukanlah seorang anak yang baik pon. Adik beradik aku pula bukanlah orang yang terlalu bagus, memegang jawatan-jawatan padu dalam persatuan di universiti, mahupun johan pertandingan peringkat kebangsaan. Kami tiada semua itu. Tapi aku boleh cakap yang ayah ibu dah senyum puas dengan kami.

Padahal, masa kecik-kecik dulu, aku ponteng sekolah agama sampai berminggu-minggu. Pernah mengamuk dan sepak mak aku bertubi-tubi di pagi hari hanya kerana tak dapat ikut ayah pergi kerja. Curi duit ayah sampai RM50 sebab nak bagi sedekah kat kawan aku yang baru kehilangan ayahnya, padahal umah dia umah batu dua tingkat, dan rumah aku masih lagi ade zinc bocor sampai lima spot kat dapur. Merayap sampai ke Mid Valley tanpa pengetahuan mak aku – dah la menipu kata nak pergi library Shah Alam.

Tapi satu. Macammana celaka pon aku depan mak ayah, kalau depan orang ramai aku cukup behave. Aku takkan buat benda-benda mengarut yang membuatkan orang ramai sampai cakap mak ayah aku tak reti jaga anak. Takat liar pergi merayap tu standard la, tapi aku tak kacau orang.

Dan aku ingat lagi, tiap kali hari prestasi sekolah, laporan disiplin aku akan mencatatkan ‘Amat memberangsangkan, seorang pelajar yang baik dan aktif serta berdisiplin’. Tiap tahun juga ayah akan tinggal pesan pada cikgu “kalau dia buat perangai cikgu sebat sampai berbirat tak hilang sebulan pon saya tak kisah”.

Cuma satu je aku pernah buat hal dengan cikgu Kemahiran Hidup. Aku ingat lagi aku kena pukul kat tangan dengan pembaris tebal sepanjang satu meter tu sebab aku tak siapkan kerja khusus Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga yang mana pelajar kena buat perabot serba guna.

Kerja gila ke apa? Aku ni dah la tak reti design. Lukisan pon buruk. Nak kene potong kayu pulak. Abistu nak cantum gitu gini nak buat perabot, ingat aku ni cita-cita nak jadi tukang kayu ke ape? Come on la, kalau aku nak jadi tukang kayu baik aku tak payah bertungkus lumus dapatkan A dalam semua subjek. Baik aku duduk kat kampung aje belajar buat sampan ngan atok aku, dah tentu-tentu dia ajar aku sekali nak buat meja kerusi rak semua macammana. Ape cilanat lah subjek Kemahiran Hidup ni.

Dah aku kena pukul boleh pulak dia cam aku ada abang kat sekolah yang sama padahal takde pon heboh yang kitorang ni adik beradik. Abang aku pulak memang fakof gila la sebab dia tu mat bajet – jadi ketua kelas Tingkatan Lima, aktif Persatuan Bola Sepak, Badar apa semua. Kena pulak panggil dengan cikgu pasal adik dia buat masalah. Menyonyong mulut macam itik mengadu kat mak aku masa balik rumah. Babi. Aku yang perempuan pun tak de buat duck face tu gile!

Dek kerana ayah tahu aku memang zero bab pegang gergaji apa semua ni last-last ayah yang buatkan aku perabot serba guna tu. Dalam satu petang je ayah siapkan dengan macho dan bergaya. Walaupun ayah yang buatkan, aku tetaplah duduk kat depan ayah tengok dia buat kerja-kerja jantan tu dengan taksub. Aku tengok ayah mengukur, gergaji kayu, kesat kayu dengan kertas yang kaler hijau keras-keras tu. Gam kayu sana sini. Skru kanan kiri. Siap letak cermin sliding lagi. Tadaaa, dah siap. Damn ah. Kalau aku tahu sekejap je ayah boleh buat, aku dah mintak tolong awal-awal dah. Tapi sebenarnya awal-awal lagi aku taknak mintak tolong pasal ayah ni sibuk sangat dengan kerja kat pejabat.

Apapun. Ayah memang hero aku masa tu. datang sekolah besoknye terus aku buat muka masa hantar kerja kat cikgu. Sudah tu poyo pulak bagi pesanan “saya tahu cikgu tetap akan tolak markah saya sebab saya lambat siap dan hantar. Saya tak kisah pon dapat B. Benda boleh belajar lagi.” Angkuh betol !