Judul : Prognosis
Penulis : Jacknaim,
MD
Tebal Halaman : 250++
Penerbit : Dubook
Press
Seawal poster promo
yang pihak Dubook Press keluarkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah lagi
buku kedoktoran awal Januari lalu, aku terus mesej adik yang berada di Malaysia
dan minta dia cari, beli dan hadiahkan buku Prognosis ini sebagai hadiah hari
lahir aku. Sayangnya ketika dia masih bercuti buku itu belum
sempat dirilis, jadi aku harus cari jalan dan cara untuk mendapatkannya seawal
mungkin. Aku nak jadi antara orang terawal yang mendapatkan, membaca dan
mereview buku Prognosis.
Tak lama lepas tu
Dubook Press melancarkan pula promo 6 buku RM100. Kebetulan ada beberapa buku
lain dari Dubook yang aku mahu beli, aku pun cepat-cepat whatsapp dan buat
tempahan. Lepas tu baru aku fikir macammana pula caranya dari Malaysia nak
bawak buku tu terbang ke Makassar, sebab Dubook hantar ke seluruh Malaysia
sahaja.
Alhamdulillah, mungkin
rezeki aku dan rezeki entah sapa-sapa lagi Allah izin ada seorang junior yang
balik agak lambat sikit dari yang sepatutnya. Aku pun menebalkan muka membuang
malu meminta izin menyusahkan dia barang sekejap. Maka dapatlah aku buku
Prognosis yang aku tunggu pada 4 Februari 2015!
Dapat-dapat terus
baca! Disebabkan aku pernah tweet yang aku akan kuat promot buku Prognosis ni,
maka baru beberapa bab aku baca terus aku upload ke facebook. Setiap student
Malaysia di Makassar yang aku jumpa aku tunjuk buku ni dan kata you should read
this book! Otak bisnes aku pon tetiba terswitch on dan aku bukak order bagi
sesiapa yang berminat.
Tapi tu la, sebab
aku promote buku ni, maka aku kena lah jawab soalan-soalan yang ditanya. Kak,
buku ni macam mana? Medical notes? Best tak? Eh, ni yang Diagnosis 2 tu ke? Ni sama
macam Diagnosis ke? Diagnosis 2 ke Prognosis lagi best? Eh, ni yang penulis dia
banyak-banyak ke sorang-sorang? Kak, ni buku omputih ke? Kak, ni translate eh? Paling
kelakor bila orang tanya “Kak, Jacknaim ni muslim ke non-muslim?”
Adohai. Terkekek-kekek
aku dengar pertanyaan comel dorang ni. Jadi secara ringkasnya aku nak cakap,
buku Prognosis sangat-sangat berbeza dengan D1 & D2. Aku ada kongsikan 4
perbezaan buku Diagnosis dan buku Prognosis. Dan dalam review kali ini aku
taknak cerita pasal buku lain!! Ini slot PROGNOSIS okai!!
Baiklah. Memula aku
belek buku ni tengok-tengok isi kandungan untuk amik feel, aku terdetik : ala,
takkan sama pulak buku ni dengan yang satu lagi. Macammana nak promote macam ni.
Tapi aku pon teruskan pembacaan. Tetiba aku teringat. Semua buku ada
pengkhususan bab tertentu. Kau gila ke buat buku takde dibahagi per chapter. Boleh
juling pembaca, pening nak paham. Mana-mana buku pun ada beberapa bab, walaupun sekadar tulis bab satu, dua, sampailah empat ratus dua puluh lapan bab
kalau ada.
Cerita-cerita dalam
buku ini real life. Kau anggap saja macam kau tengah baca blog orang yang
kongsi pengalaman hidup dia. Ada satu bab ni penulis bercerita tentang tawaran
perubatan yang dia dapat walaupun result matriks kurang cantik. Korang tahu
kan, sesiapa nak masuk perubatan kene result tip-top 4.00 CGPA! Aku tersenyum
sebab cerita aku dapat tawaran pun lebih kurang macam gini lah jugak.
Kemudian dilanjutkan
lagi tentang sedikit cerita ketika penulis dalam pre-klinikal. Zaman pergi
kuliah belajar teori. Dan belajar teori ni tak semua akan smooth perjalanan
pelajarannya. Ada yang Allah kasi ujian kene repeat. Pergh, pedih siot! Kadang-kadang
rasa down gila bila teringat-ingat. Tak sekadar memahami perasaan penulis
(sebab aku pon macam dia) aku dapat gain keyakinan balik untuk kejar sapa-sapa
yang dah laju tuh. Sebab ada secret skill yang penulis kongsikan!
Oh ya. Aku yakin
ramai di luar sana yang tertanya-tanya macammana sebenarnya sistem belajar
perubatan ni? Well, aku sendiri yang belajar di Indonesia tertanya pasal sistem
kat Malaysia. Dan secara umum, tak semua universiti melalui sistem yang sama. Mesti
ada sedikit perbezaan mengikut kebijaksanaan pensyarah dan dekan. Dalam buku ni
ada jugak dikongsikan sedikit tentang sistem di USM.
Cerita fasa
klinikal pon dimulai.. Masuk bab ni aku agak teruja sebab start minggu depan
aku akan memasuki satu sistem dan dunia baru dunia klinikal. Penulis berkongsi
tentang cerita di beberapa bahagian posting, antaranya psikiatri, neurologi,
bedah, dan obgyn. Penulis bukan sahaja bercerita apa yang dia nampak, tapi
turut menyelitkan pandangannya dalam beberapa isu yang dikupas dengan cukup
baik.
Jantung aku
berdegup kencang saat membaca Catatan Profesional Exam III. Aku turut sama
merasakan stress dan masa-masa tegang yang penulis hadapi ketika exam. Ini buat
aku terfikir tentang masalah exit exam kami di sini. Sempat juga aku rasa takut
dan saspen dalam bab-bab terakhir. Penulis berjaya buat aku termenung sebaik
sahaja habis membaca buku ini jam 4.18 minit pagi Sabtu, 7 Februari 2015.
Jujur, aku sangat
suka buku Prognosis. Cerita ini betul dekat dengan aku. Sesetengah kenangan
penulis sedang dan mahu berlaku kepada aku ketika ini. So, memang banyak tips
yang dapat aku ambil.
Prognosis tak ada
cerita pasal doktor saja yang betul. Tak ada cerita doktor perli pesakit. Cerita
pesakit salah 100% pun tak ada. Apatah lagi cerita yang mana doktor cakap ‘we
are the best in Malaysia’?? cerita pasal bakal imam bakal bidadari? Kau carik
cerita fairytale love story? SORRY! KAU TAKKAN JUMPA KAT DALAM BUKU PROGNOSIS!
Nasihat aku, kalau
kau nak baca D1, D2, dan Prognosis, sila habiskan buku yang banyak penulis tu
dulu. Baca Prognosis paling last. Sebab bagi aku, selepas aku bacadan hadam
buku Prognosis yang memblend perasaan, jiwa dan fikiran aku secukup rasa, asam
garam, rempah ratus, pedas manis masinnya, aku menghadap buku lainnya dengan
rasa yang tawar.
Punyalah series
buku ni sampai miang aku pon lari terperuk kat hujung sana. kehkehkeh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan