WARNING : PENGGUNAAN AYAT DAN BAHASA DALAM CERITA KONTOT PENDEK (CERKONPEN) INI TIDAK MENGIKUT TATACARA YANG SESUAI DENGAN AYAT-AYAT SKEMA BUKU MAINSTREAM. AYAT-AYAT DAN BAHASA YANG TERKANDUNG MUNGKIN MENGANDUNGI PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK SESUAI. PENULIS TIDAK MENYENGETKAN PERKATAAN-PERKATAAN BUKAN DALAM BAHASA MALAYSIA SEBAB PENULIS MALAS. PENULIS SAJA-SAJA TULIS CERKONPEN INI SEBAB PENULIS SANGAT KEBOSANAN.
“Ibu,” aku bersuara memecah kesunyian dalam kereta petang itu. Aku sedang
memandu pulang ke rumah setelah mengambil ibu dari tempat kerjanya.
“Macammana ibu buat sampai anak-anak ibu tak buat hal depan orang?” aku
meneruskan pertanyaan. Ibu senyap, sedang melayan emel-emel yang masuk ke peti
surat elektroniknya.
Aku memandu sambil menunggu jawapan. Mungkin aku perlu ulang kembali soalan
tadi. Semenjak dua ini soalan-soalan tentang bagaimana mendidik anak dengan
baik selalu muncul dalam fikiran aku.
Nak diikutkan, aku bukanlah seorang anak yang baik pon. Adik beradik aku
pula bukanlah orang yang terlalu bagus, memegang jawatan-jawatan padu dalam
persatuan di universiti, mahupun johan pertandingan peringkat kebangsaan. Kami
tiada semua itu. Tapi aku boleh cakap yang ayah ibu dah senyum puas dengan
kami.
Padahal, masa kecik-kecik dulu, aku ponteng sekolah agama sampai
berminggu-minggu. Pernah mengamuk dan sepak mak aku bertubi-tubi di pagi hari
hanya kerana tak dapat ikut ayah pergi kerja. Curi duit ayah sampai RM50 sebab
nak bagi sedekah kat kawan aku yang baru kehilangan ayahnya, padahal umah dia
umah batu dua tingkat, dan rumah aku masih lagi ade zinc bocor sampai lima spot
kat dapur. Merayap sampai ke Mid Valley tanpa pengetahuan mak aku – dah la
menipu kata nak pergi library Shah Alam.
Tapi satu. Macammana celaka pon aku depan mak ayah, kalau depan orang ramai
aku cukup behave. Aku takkan buat benda-benda mengarut yang membuatkan orang
ramai sampai cakap mak ayah aku tak reti jaga anak. Takat liar pergi merayap tu
standard la, tapi aku tak kacau orang.
Dan aku ingat lagi, tiap kali hari prestasi sekolah, laporan disiplin aku
akan mencatatkan ‘Amat memberangsangkan, seorang pelajar yang baik dan aktif
serta berdisiplin’. Tiap tahun juga ayah akan tinggal pesan pada cikgu “kalau
dia buat perangai cikgu sebat sampai berbirat tak hilang sebulan pon saya tak
kisah”.
Cuma satu je aku pernah buat hal dengan cikgu Kemahiran Hidup. Aku ingat
lagi aku kena pukul kat tangan dengan pembaris tebal sepanjang satu meter tu
sebab aku tak siapkan kerja khusus Kemahiran Hidup Tingkatan Tiga yang mana
pelajar kena buat perabot serba guna.
Kerja gila ke apa? Aku ni dah la tak reti design. Lukisan pon buruk. Nak
kene potong kayu pulak. Abistu nak cantum gitu gini nak buat perabot, ingat aku
ni cita-cita nak jadi tukang kayu ke ape? Come on la, kalau aku nak jadi tukang
kayu baik aku tak payah bertungkus lumus dapatkan A dalam semua subjek. Baik
aku duduk kat kampung aje belajar buat sampan ngan atok aku, dah tentu-tentu
dia ajar aku sekali nak buat meja kerusi rak semua macammana. Ape cilanat lah
subjek Kemahiran Hidup ni.
Dah aku kena pukul boleh pulak dia cam aku ada abang kat sekolah yang sama
padahal takde pon heboh yang kitorang ni adik beradik. Abang aku pulak memang
fakof gila la sebab dia tu mat bajet – jadi ketua kelas Tingkatan Lima, aktif
Persatuan Bola Sepak, Badar apa semua. Kena pulak panggil dengan cikgu pasal
adik dia buat masalah. Menyonyong mulut macam itik mengadu kat mak aku masa
balik rumah. Babi. Aku yang perempuan pun tak de buat duck face tu gile!
Dek kerana ayah tahu aku memang zero bab pegang gergaji apa semua ni
last-last ayah yang buatkan aku perabot serba guna tu. Dalam satu petang je
ayah siapkan dengan macho dan bergaya. Walaupun ayah yang buatkan, aku tetaplah
duduk kat depan ayah tengok dia buat kerja-kerja jantan tu dengan taksub. Aku
tengok ayah mengukur, gergaji kayu, kesat kayu dengan kertas yang kaler hijau
keras-keras tu. Gam kayu sana sini. Skru kanan kiri. Siap letak cermin sliding
lagi. Tadaaa, dah siap. Damn ah. Kalau aku tahu sekejap je ayah boleh buat, aku
dah mintak tolong awal-awal dah. Tapi sebenarnya awal-awal lagi aku taknak
mintak tolong pasal ayah ni sibuk sangat dengan kerja kat pejabat.
Apapun. Ayah memang hero aku masa tu. datang sekolah besoknye terus aku
buat muka masa hantar kerja kat cikgu. Sudah tu poyo pulak bagi pesanan “saya
tahu cikgu tetap akan tolak markah saya sebab saya lambat siap dan hantar. Saya
tak kisah pon dapat B. Benda boleh belajar lagi.” Angkuh betol !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan