Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Februari 2015

REVIEW BUKU: PROGNOSIS


Judul : Prognosis
Penulis : Jacknaim, MD
Tebal Halaman : 250++
Penerbit : Dubook Press




Seawal poster promo yang pihak Dubook Press keluarkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah lagi buku kedoktoran awal Januari lalu, aku terus mesej adik yang berada di Malaysia dan minta dia cari, beli dan hadiahkan buku Prognosis ini sebagai hadiah hari lahir aku. Sayangnya ketika dia masih bercuti buku itu belum sempat dirilis, jadi aku harus cari jalan dan cara untuk mendapatkannya seawal mungkin. Aku nak jadi antara orang terawal yang mendapatkan, membaca dan mereview buku Prognosis.

Tak lama lepas tu Dubook Press melancarkan pula promo 6 buku RM100. Kebetulan ada beberapa buku lain dari Dubook yang aku mahu beli, aku pun cepat-cepat whatsapp dan buat tempahan. Lepas tu baru aku fikir macammana pula caranya dari Malaysia nak bawak buku tu terbang ke Makassar, sebab Dubook hantar ke seluruh Malaysia sahaja.

Alhamdulillah, mungkin rezeki aku dan rezeki entah sapa-sapa lagi Allah izin ada seorang junior yang balik agak lambat sikit dari yang sepatutnya. Aku pun menebalkan muka membuang malu meminta izin menyusahkan dia barang sekejap. Maka dapatlah aku buku Prognosis yang aku tunggu pada 4 Februari 2015!

Dapat-dapat terus baca! Disebabkan aku pernah tweet yang aku akan kuat promot buku Prognosis ni, maka baru beberapa bab aku baca terus aku upload ke facebook. Setiap student Malaysia di Makassar yang aku jumpa aku tunjuk buku ni dan kata you should read this book! Otak bisnes aku pon tetiba terswitch on dan aku bukak order bagi sesiapa yang berminat.

Tapi tu la, sebab aku promote buku ni, maka aku kena lah jawab soalan-soalan yang ditanya. Kak, buku ni macam mana? Medical notes? Best tak? Eh, ni yang Diagnosis 2 tu ke? Ni sama macam Diagnosis ke? Diagnosis 2 ke Prognosis lagi best? Eh, ni yang penulis dia banyak-banyak ke sorang-sorang? Kak, ni buku omputih ke? Kak, ni translate eh? Paling kelakor bila orang tanya “Kak, Jacknaim ni muslim ke non-muslim?”

Adohai. Terkekek-kekek aku dengar pertanyaan comel dorang ni. Jadi secara ringkasnya aku nak cakap, buku Prognosis sangat-sangat berbeza dengan D1 & D2. Aku ada kongsikan 4 perbezaan buku Diagnosis dan buku Prognosis. Dan dalam review kali ini aku taknak cerita pasal buku lain!! Ini slot PROGNOSIS okai!!

Baiklah. Memula aku belek buku ni tengok-tengok isi kandungan untuk amik feel, aku terdetik : ala, takkan sama pulak buku ni dengan yang satu lagi. Macammana nak promote macam ni. Tapi aku pon teruskan pembacaan. Tetiba aku teringat. Semua buku ada pengkhususan bab tertentu. Kau gila ke buat buku takde dibahagi per chapter. Boleh juling pembaca, pening nak paham. Mana-mana buku pun ada beberapa bab, walaupun sekadar tulis bab satu, dua, sampailah empat ratus dua puluh lapan bab kalau ada.

Cerita-cerita dalam buku ini real life. Kau anggap saja macam kau tengah baca blog orang yang kongsi pengalaman hidup dia. Ada satu bab ni penulis bercerita tentang tawaran perubatan yang dia dapat walaupun result matriks kurang cantik. Korang tahu kan, sesiapa nak masuk perubatan kene result tip-top 4.00 CGPA! Aku tersenyum sebab cerita aku dapat tawaran pun lebih kurang macam gini lah jugak.

Kemudian dilanjutkan lagi tentang sedikit cerita ketika penulis dalam pre-klinikal. Zaman pergi kuliah belajar teori. Dan belajar teori ni tak semua akan smooth perjalanan pelajarannya. Ada yang Allah kasi ujian kene repeat. Pergh, pedih siot! Kadang-kadang rasa down gila bila teringat-ingat. Tak sekadar memahami perasaan penulis (sebab aku pon macam dia) aku dapat gain keyakinan balik untuk kejar sapa-sapa yang dah laju tuh. Sebab ada secret skill yang penulis kongsikan!

Oh ya. Aku yakin ramai di luar sana yang tertanya-tanya macammana sebenarnya sistem belajar perubatan ni? Well, aku sendiri yang belajar di Indonesia tertanya pasal sistem kat Malaysia. Dan secara umum, tak semua universiti melalui sistem yang sama. Mesti ada sedikit perbezaan mengikut kebijaksanaan pensyarah dan dekan. Dalam buku ni ada jugak dikongsikan sedikit tentang sistem di USM.

Cerita fasa klinikal pon dimulai.. Masuk bab ni aku agak teruja sebab start minggu depan aku akan memasuki satu sistem dan dunia baru dunia klinikal. Penulis berkongsi tentang cerita di beberapa bahagian posting, antaranya psikiatri, neurologi, bedah, dan obgyn. Penulis bukan sahaja bercerita apa yang dia nampak, tapi turut menyelitkan pandangannya dalam beberapa isu yang dikupas dengan cukup baik.

Jantung aku berdegup kencang saat membaca Catatan Profesional Exam III. Aku turut sama merasakan stress dan masa-masa tegang yang penulis hadapi ketika exam. Ini buat aku terfikir tentang masalah exit exam kami di sini. Sempat juga aku rasa takut dan saspen dalam bab-bab terakhir. Penulis berjaya buat aku termenung sebaik sahaja habis membaca buku ini jam 4.18 minit pagi Sabtu, 7 Februari 2015.

Jujur, aku sangat suka buku Prognosis. Cerita ini betul dekat dengan aku. Sesetengah kenangan penulis sedang dan mahu berlaku kepada aku ketika ini. So, memang banyak tips yang dapat aku ambil.

Prognosis tak ada cerita pasal doktor saja yang betul. Tak ada cerita doktor perli pesakit. Cerita pesakit salah 100% pun tak ada. Apatah lagi cerita yang mana doktor cakap ‘we are the best in Malaysia’?? cerita pasal bakal imam bakal bidadari? Kau carik cerita fairytale love story? SORRY! KAU TAKKAN JUMPA KAT DALAM BUKU PROGNOSIS!

Nasihat aku, kalau kau nak baca D1, D2, dan Prognosis, sila habiskan buku yang banyak penulis tu dulu. Baca Prognosis paling last. Sebab bagi aku, selepas aku bacadan hadam buku Prognosis yang memblend perasaan, jiwa dan fikiran aku secukup rasa, asam garam, rempah ratus, pedas manis masinnya, aku menghadap buku lainnya dengan rasa yang tawar.


Punyalah series buku ni sampai miang aku pon lari terperuk kat hujung sana. kehkehkeh.

Sabtu, 3 Januari 2015

Review Zine : BATTLEFIELD !



Bismillah.

Assalamualaikum semua. Apa kabar hati, apa kabar iman? Ecewah. Harap baik adanya jasad dan ruh kita! Baru boleh jadi orang hebat! Huuyeah!!

Baik, entri kali ni nak cerita pasal ZINE! Ya, zine. Satu alternatif yang aku klasifikasikan sebagai independent dalam berkarya dan begitu beraninya pun untuk memberi dan berkongsi karya itu pada sesiapa yang berkenan. Well, aku pernah jugak menulis dalam beberapa zine ni, sebab konon-konon suka menulis kan. Hehe

Jadi ketika ada teman di facebook yang cuba menerbitkan zine aku jadi teruja. Tambah pula dia sedang mencari beberapa orang terawal yang berminat membaca secara percuma zine yang telah dikompilasikan, maka wajiblah aku mengangkat tangan dan kata “Hey, saya nak zine ittteeww!!”

Maka dapatlah aku zine itu dan maka terujudlah secara maya review tentang zine itu di blog yang baru wujud di dunia fana ini.

JENGJENGJENGJENG
TENGTENGTENGTENG!!!!!!








Zine bertajuk BATTLEFIELD ini telah ditulis oleh 3 orang pemuda pemudi (owh aku cuma dapat kenalpasti seorang sahaja jantina penulis xP) yang aku boleh katakan kreatif dan menyentuh perasaan. Ewah. Penulis-penulis diberi nama ALCATRAZ, LOC dan NYONYALEE. Hah, tengok! Nama pena pon kreatip kan. BATTLEFIELD ini bukanlah cerita pasal medan perang kau nak lawan musuh dengan senjata api bulldozer dan sebagainya.

BATTLEFIELD cerita pasal perjuangan engkau orang untuk melawan diri sendiri and the hidden enemy bak kata LOC - dalam satu karya dia - demi mendekatkan diri pada TUHAN! Pendek kata, kalau kau jenis hati batu kononnya dan mencari ideologi-ideologi keTuhanan serta resepi-resepi kekuatan hati maka dapatkan naskah zine ini.

Meh aku kongsi sedikit karya mendema bertiga ni yang menarik perhatian aku.
(Minta ijin berkongsi yah wahai penulis. ;))



“ BANGKAI HATI”

Hati yang mati,
Kalah di medan tempur rasa,
Setiap calar dan luka,
Kau hadap tanpa bicara.
 
Namun kau tewas,
Bersama cebisan bangkai rasa,
Aku biarkan saja mati,
Tiada akal untuk hidupkan kembali. 

ALCATRAZ



Komen: okeyh, untuk penulisan ALCATRAZ, most of the poem and cetusan rasa dia ayat dalam satu baris memang serius pendek. Menguji minda jugak untuk mendalami maksud dia sebab kadang-kadang pada aku terlalu pendek dan bait-bait dia agak tak menyambung. Tapi itu yang orang kata seni itu deep. And seni itu sendiri terserah kepada pengkaryanya. Tugas pembaca untuk cari sendiri maksud tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan oleh penulis, kan?

So to you ALCATRAZ, bravo! Banyak betul puisi yang kau tulis ni. Salute!! ;)




“ESA”

Sakit,
Susah, 
Demi Sa. 

Sa,
Dia Yang Esa.
Sa untuk satu cuma,
DIA. 

Hati bisa berbagi kasih Tuan,
Tidak untuk kasih kepada Tuhan. 

Sakit,
Susah,
Demi Sa. Aku sanggup Allah Yang Esa. 

”Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.”

***
Be Legendary Solehah
{LOC}


Komen: Puisi dari LOC yang ini buat aku menitis ar mata. Puisi dia ringkas tapi chuppp, kena kat hati. Sebenarnya puisi-puisi lain pon dah cucuk-cucuk hati sebab memang kena dengan keadaan aku sekarang nih tapi yang ni terus tembus. Entah. Jenis puisi pendek tapi padat ni, jangan buat main-main. Dia punya aura lain macam !

Eh, kenapa macam kontra pulak dengan komen aku pada ALCATRAZ? Entah la.



A L H A M D U L I L L A H 

Moga kita dapat membezakan 
Siapa yang membahagiakan dan siapa pula yang memberi bahagia
Siapa yang mendengar dan siapa pula yang pemberi pendengaran
Siapa yang mencintai dan siapa pula yang sebenarnya memberi cinta 

Moga kita peka siapa yang utama dan yang lebih utama.
Kebahagian yang kita kecapi tidak akan dikecapi jika Allah tidak mengizinkan 

“ Dan kalau kita duduk senyap,  Berfikir dan bermuhasabah diri, Kita akan rasa  Sebenarnya Allah itu dah makbulkan doa hati” 

― nyonyalee


Komen: Duhh, ayat akhir tu damai betul rasa. Penulisan NYONYALEE paling sempoi. Tapi seperti tulisan lainnya, menyentuh hati dan perasaan. Memang enjoy baca. ;)


Secara keseluruhan, aku sebenarnya bukanlah orang yang layak pon bagi komen dan mereview. Tapi since aku ada jugak minat dalam sastera ni dan suka baca karya orang untuk mengasah lagi penulisan aku. I give thousand thumbs up and very big applause pada penulis BATTLEFIELD atas usaha anda untuk keluarkan zine ini. You did a good job!


Hey, zine ini ada 52 puisi sepenuhnya. Kalau nak baca penulisan meeka, bolehlah beli dari LOC. ini pesanan dia;

"Jujur ini ialah zine marhaen dari kami bertiga yang masih bertatih dalam dunia penulisan.
Zine ini untuk kita semua mula berbuat sesuatu. Kami bertiga hasilkan zine dengan nikmat Tuhan, anda yang membeli pula menyumbang duit dan untung nya kami beri kepada yang memerlukan !
Kita berkongsi rahmat dan rezeki yang diberi Tuhan !
Sungguh ini bukan usaha satu pihak sahaja, tapi usaha kita semua dengan izin Allah !
***
Anda berminat untuk dapatkan printed version zine ini?
Sila lah PM.
May Allah bless !"

contact LOC di : https://www.facebook.com/syiffarosman

Selamat membeli dan membaca juga menalar makna diri!! ;)

Jumaat, 26 Disember 2014

Aku Yang Baru



Bismillah.

Alhamdulillah. Aku hadir lagi kali ini dengan blog baru yang insyaAllah lebih matang dari blog sebelum ini. Sudah setahun lebih rasanya terpaksa memadam dan menghapus blog lama lantaran beberapa masalah yang timbul akibat diri sendiri. Garu kepala sambil tersengih.

Ahad lalu ayah, ibu dan adik telah datang ke Makassar bagi menghadiri majlis wisuda Sarjana Kedokteran aku di Unhas. Majlis tu ala-ala majlis konvokesyen la. Alhamdulillah, aku sendiri terkebil-kebil memandang sijil S.Ked yang aku pegang sekarang.

Masakan tidak. Dari kecil aku tak pernah nak bermimpi menjadi seorang doktor. Tak pernah langsung terfikir dan mencatat profesi doktor dalam senarai cita-cita aku. Walaupun profesi ini sememangnya agak popular dalam kalangan anak-anak kecil, Tapi aku memandang profesi ini sebagai satu cita-cita yang terlalu mainstream.

Maka ketika aku mahu acah-acah melawan arus, aku pun timbul dengan idea-idea profesi lain seperti pramugari, peguam, hakim, cikgu, wartawan, hos, dan paling terakhir yang memasuki carta adalah saintis. Masih, selama belasan tahun aku bersekolah tak pernah masuk pun profesi kot putih itu dalam senarai.

Namun mungkin kerana memang hajat hati seorang ibu itu terlalu kuat, maka Allah bukakan jalan untuk aku ke dunia perubatan. Pernah juga terfikir untuk sekadar belajar dan mendapatkan sijil lalu aku serahkan Sarjana Kedoktoran itu kepada ibu lantas aku mengejar pula impian aku yang sebetulnya. Sungguh aku hampir saja buat seperti itu.

Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang cukup mendukung aku, apatah lagi banyak kenalan yang aku anggap sebagai keluarga memang berada di dunia medik ini. seorang Medical Asistant bercerita pada aku tentang lulusan doktor yang kemudiannya mampu menyambung specialist dalam bidang forensik, satu bidang yang amat aku minati di akhir pengajian diplomaku beberapa tahun dulu. Seorang pembantu am bidang kesihatan pula melontarkan pendapat tentang tingginya akademik pelajar perubatan itu sehingga sebenarnya mereka mampu memasuki mana-mana bidang sekalipun andaikata mereka berminat.

Dan aku hari ini sebenarnya baru mahu menempuh alam praktikal dan belum pun masuk ke hospital-hospital untuk mengasah skill yang telah diajarkan. tak berharap banyak, aku cuma berdoa semoga aku mampu tetap terus berada di jalan ini dan mampu menyumbang kepada Malaysia.

Biiznillah.
Ala barakatillah.