Memaparkan catatan dengan label makassar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makassar. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

Koass Kulit Minggu 1 - Ketika engkau dipanggil dokter!


Bismillah.

Baru seminggu aku masuk kulit. Dua kali aku oncall kat hospital. Kat kulit ni tak adalah penat sangat. Kau oncall untuk selaber sahaja. Selaber tu kira macam ni -- kau akan berkeliling satu hospital masuk wad ke wad dan cari pesakit kulit. Mostly orang tak datang hospital dengan keluhan kulit. Orang akan datang dengan keluhan lain tapi ada jugak keluhan pasal kulit. Contoh -- ada tumor rahim dan gatal-gatal kat bahagian badan, orang cuma datang untuk masalah tumor. Dari situ bila doktor tanya ada sakit lain ke tak barulah pesakit akan cakap saya gatal kat sini, saya begitu begini. Dan doktor akan panggil dktor kulit untuk settle bab kulit. Jadi sebab tu kitorang koass ni kene selaber dan tanya ada pesakit kulit ke ak di setiap wad, sebab tak ada wad khusus kulit sahaja.

Jadi kalau dah nama jalan satu hospital dengan kod putih doktor tentu sahaja orang panggil kau doktor. Seriously the very first time orang tanya aku "mahu apa dok?" aku rasa macam speechless. Aku ni baru koass. Minggu satu pulak tu. Orang panggil doktor tu satu penghargaan besar sangat untuk orang kerdil ni.

Ada satu masa tu aku selaber pagi-pagi sebab aku jaga malam dari pukul 9 malam ke 8 pagi. Masa tu aku tengah berjalan kat koridor. Ada dalam 6-8 orang pakcik guard yang jalan lawan arus dengan aku. masa bertembung tu muka aku biasa je. Erkk, muka biasa aku ni agak sombong sikit, tapi aku tak sombong tau! Tetiba sorang pak guard tu cakap "Selamat pagi, dok!"

Masa tu aku rasa terkejut. Syukurlah aku ni kalau orang tegur memang jenis menggangguk cepat. Jadi aku angguk je la. Tapi aku rasa sentap gila. Aku ni koass je pon, baru masuk seminggu. Kenapa pagi-pagi nak muka ketat? Kenapa pak guard yang da kerja bertahun-tahun kat hospital pulak yang nak kena tegur aku?

Lepas tu apa lagi aku pasang la senyum lebar sepanjang selaber tuh. Tetiap kali masuk wad mencerah muka aku senyum sebelum tanya ada pesakit ke tak pada nurse kat nurse station. Ada yang balas ada yang tak. Ada jugak yang macam pelik --apahal lah budak ni pagi-pagi dah senyum sensorang. hahaha

Ade pesakit yang aku jumpa, dia orang makcik tua. Dia masuk wad untuk buang tumor dan gatal bahagian bawah perut. Kulit dia kat bahagian tu gelap sikit, gatal-gatal. Aku masuk tanya nama dia then panggil kawan aku sebab kitorang tercarik-carik pesakit. Bila datang balik kat katil, dia punya senyum sebab ada 'doktor' datang tengok, muka dia ceria sangat! Waktu aku tanya - soalan biasa dan bodoh je pun, dia menjawab dan mengadu penuh harap macam akulah doktor yang merawat dia. perasaan masa tu bercampur-campur.

Aku masih mentah. Belajar pun banyak yang dah lupa. Serba tak tahu. Tapi Allah izin orang pandang aku tinggi. Rasa malu sangat-sangat. Baru minggu pertama koass sahaja da muka ketat, banyak komplen sebab penat. balik rumah tak belajar. Malu. Malu!!

Harap-harap pengalaman aku minggu ni dapat didik aku untuk jadi low profile. lepas ni aku kena selalu ingat untuk senyum kat semua orang, Walaupun dr Rambo kata kalau senyum-senyum tu ada kelainan (ade penyakit). Hahaha


---------------------------------------

Itu bab senyum. Ade satu hal lagi yag aku nak kongsikan. Haritu masa dinas kat poliklinik kulit satu hospital ni, ade sorang makcik tu datang dengan melanoma. orang kata tumor kulit la senang. Ada pertumbuhan sel kat hidung. Tak besar sangat, ala-ala tahi lalat Izan Irdawaty je. Dia datang haritu sebab ada appoinment nak buat minor operation buang tumor tu.

Jadi kami si koass ni dibenarkan masuk bilik rawatan dan perhati prosedure yang doktor lakukan. ya Allah, gembiranya hati dapat tengok walaupun minor operation. Tengok doktor tu pegang pisau bedah, hiris kulit pesakit, jahit kulit pesakit. Hmmm, tak sabar nak praktis jahit menjahit ni sebab dulu masa osce blok trauma aku hari-hari lepak dalam bilik keterampilan bedah and praktis untuk biasakan diri. bila nampak dokter buat real depan mata rasa macam nak mintak izin buat aje. Hohoho!!

Seronok! Sangat seronok dan mengujakan. Tiga tahun aku aku tunggu untuk habiskan teori dan masuk praktikal sebab aku tak suka belajar tanpa benda depan mata -- aku lembab sikit. Jujur cakap, 3tahun aku belajar tu aku tak dapat banyak sebenarnya. huhuhu. Jenis aku belajar, aku kena tengok depan mata dulu macammana sesuatu benda tu baru aku boleh paham betul dan ingat.

Bahagian kulit tinggal 3 minggu lagi. Doakan aku lebih aktif belajar dan bertanya doktor dan cari kes!! ok, nak siapkan kerja ang banyak ni -Refarat mini 2, refarat besar, poster mini.  banyak nii!!! ;P

ok, babab!!

Khamis, 22 Januari 2015

The Beginning Of My Clinical



Bismillah.

Jadi begini. Setelah menduduki preklinikal di universiti selama 3 tahun dan ada tambahan enam bulan sebab repeat paper - well im not an excellent student- Alhamdulillah rabbil alamin aku akhirnya Tuhan izinkan masuk ke fasa klinikal. Well, sebenarnya agak sedih la jugak sebab semua orang da berdesup desap masuk aku baru terhegeh.

Tapi takpa. Kata nenek, rezeki orang lain-lain. Jadi kita senyum sahaja lah !

Dan seperti yang ditakdirkan, Dia letak aku di stesen Kulit dan Kelamin sebagai pengalaman paling pertama aku dalam dunia koas ni. Lepas dah daftar ni aku takut nak tengok cermin. Takut nak bayangkan beza kulit muka aku dan dokter-dokter kulit.

Erm, amik tisu jap nak menangis.

Tinggal lagi 2 minggu untuk melangkah ke alam yang benar-benar baru. Takut. Risau. Berdebar. TAK SABAR !

Aku harap nanti aku masih boleh memotret beberapa momen.
Masih boleh menulis / menaip karya.
Masih boleh berkongsi cerita.
Di sini.

Eh, padahal ni blog baru aku! hahaha

Nanti-nanti kalau ada cerita menarik, aku akan menulis. Aku menulis untuk aku kenang balik perangai-perangai aku. Apa yang pernah aku buat. Harap diberi izin menjadi terbaik.

Dalam berkarya dan bekerja.





Doakan aku ya ! Kasi pecut laju-laju. ;)





I'm waking up to ash and dust
I wipe my brow and I sweat my rust
I'm breathing in the chemicals

I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

I raise my flags, don my clothes
It's a revolution, I suppose
We'll paint it red to fit right in
Whoa

I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

All systems go, the sun hasn't died
Deep in my bones, straight from inside

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

Sabtu, 10 Januari 2015

REVIEW NOVEL : ATHIRAH



Tajuk: Athirah.
Penulis: Alberthiene Endah.
Tebal halaman: 387 mukasurat.





Sinopsis:
“Apakah ini artinya Emma kalah, Jusuf?”
Pertanyaan Emma menusuk batinku. Aku pilu. Mata bening Emma basah.
Angin sore mendadak terasa sangat dingin.
Cahaya matahari dai barat jatuh di wajah Emma. Dukanya semakin terlihat.

Emma tidak pernah punya gambaran tentang wanita yang dimadu.
Sejak Bapak memilih tinggal di rumah keduanya, Emma sering terlihat merenung, tertunduk lesu. Ketika langkah bapak semakin jarang terdengar di rumah kami, Emma semakin sendu.
Namun, Emma tidak membiarkan dirinya terlalu lama disiksa rindu.
Dia segera berjuang untuk bangkit, menjadi wanita yang mandiri.
Emma adalah perjalanan keberanian ada sosok yang kokoh dalam dirinya yang lembut dan sangat halus.
Jika kau ingin aku berkata-kata tentang keindahan, kepadanya benakku akan tertumpu.
Maka kini, aku akan bercerita tentang dia, ibuku.
Emma-ku, Athirah.
Perempuan indah yang mengajarkan aku tentang hidup....
Sesuatu yang tak perlu kau takutkan jika kau tahu makna kesabaran....


Aku selesaikan pembacaan dalam 3 hari. Untuk buku tebal hampir 400 halaman ini, itu memang prestasi aku yang menakjubkan. Ya, buku ini juga mendatangkan rasa ghairah aku untuk terus membaca, mengetahui apa yang terjadi berikutnya.

Jusuf, seorang anak sulung lelaki yang sangat mencintai ibunya. Dia berasal dari keluarga yang agak senang di zamannya, memandangkan ayahnya seorang peniaga yang sangat berjaya dengan pelbagai perusahaan. Hidup keluarganya harmoni. Mempunyai ibu yang penyayang yang turut menjadi isteri serta pendukung yang amat kuat pula kepada kerjaya ayahnya.

Namun takdir Tuhan datang. Bermula dengan cakap-cakap orang tentang hubungan ayahnya dengan seorang perempuan sehinggalah mereka berkahwin. Ayahnya tak lagi tidur di rumah, hanya sekadar datang di siang hari menjenguk anak-anak.

Ibu Jusuf, Athirah megalami kemurungan. Walau dia cuba menutup dan menepis bagi memastikan tugasnya sebagai seorang isteri dan seorang ibu tidak terjejas, kesedihan itu tetap dapat dirasai oleh Jusuf dan saudaranya yang lain. Dan Athirah sangat beruntung kerana mendapat anak-anak yang sangat memahami.
Entah macammana, semangat Athirah pulih sedikit demi sedikit. Menjadi perempuan kuat dan berjiwa.

Dan itu menjadi keterujaan Jusuf. Dengan Athirah, dia berkongsi suka dan duka. Dengan Athirah, dia menangis ketawa. Dengan Athirah, dia memenuhi keperluan masyarakat sekelilingnya.

Dengan Athrah, dia menjadi Jusuf Kalla, seorang tokoh di Indonesia! ;)



Bahasa yang diatur penulis, indah. Cerita-cerita yang dipaparkan sangat dekat dengan kita dan malar segar. Entah. Kejadian sekitar 1960an itu terasa mirip dengan apa yang pernah aku lakukan di tahun-tahun 2000 ke atas. Penyampaian cerita sangat menembus hati. Membuat aku sama-sama ketawa, menangis dan suspen sepanjang mengikut jalan cerita.

Buku ini sarat dengan cerita kehidupan. Bayangkan sahaja, jarak masa hampir seratus tahun dapat dimasukkan ke dalam novel hebat ini. Ada cerita-cerita tentang kehidupan seawal 1920 hingga 2013! Menakjubkan!

Cerita setia, cerita kesabaran, cerita kesungguhan, cerita penyesalan, cerita kasih sayang dan cinta semua dirangkup dengan hebat di dalam naskah Athirah. Cerita yang berakhir dengan kejayaan yang amat membanggakan dihujung cerita.

Tak rugi memiliki buku ini. Sungguh tak rugi. ;)

Sementelah buku ini melatarbelakangkan Makassar, sungguh, aku terasa amat dekat dan terus jatuh cinta. Setiap tempat yang tercatat dalam buku, semuanya mampu untuk aku bayangkan seperti ada layar kaca di depan mata. Bagaimana Bantimurung, cantiknya senja di Pantai Losari, Mesjid Raya yang gah tersergam indah, warung-warung makan sekitar Makassar. Unhas, universiti tempat aku belajar sendiri! ;)

Buku ini menjawab banyak persoalan aku. Pernah aku melihat lab coat seorang kawan kampus Unhas yang tertulis Sekolah Islam Athirah. Aku tertanya siapa Athirah sehingga namanya diabadikan sebagai sebuah sekolah?

Aku kenal dengan nama Kalla lantaran banyak bangunan di sekitar sini memakai namanya. Jusuf Kalla pula orang popular di Indonesia. Aku tahu dia asal Makassar. Maka aku tertanya bagaimana kehidupan dia, sehingga menjadi orang kaya, orang ada-ada?

Bagaimana dia memulakan perniagaan automobil dan menjadi dealer besar Toyota di Makassar?

Buku ini menjawab persoalan-persoalan itu dengan terlalu baik.

Cuma mungkin, sebagai seseorang yang boleh sedikit berlenggok bahasa Makassar, aku jadi tidak puas membaca dialog-dialog yang disampaikan. Kerna aku tak mendapat cara cakap orang Makassar dalam buku ini. Agak mengganggu konsentrasi dan keterujaan sebenarnya namun garapan dan perjalanan cerita mampu menghilangkan gangguan itu.


Ah, Alberthiene Endah orang Bandung, bukan Makassar. Jadi, maafkan sajalah! ;)

Isnin, 29 Disember 2014

Percutian Bajet di Makassar.


Assalamualaikum wbt.

Oke. Dalam entry ni kita pakai bahasa baik sikit yaitu saya (instead of aku kat prev entry) hehe.

Baiklah. Salam kenal dari saya, yana. Since saya study kat Makassar dan saya lihat ramai jugak rupanya orang Malaysia nak datang Makassar ni, so kat sini saya nak bagitau tempat-tempat menarik kat sini, bajet lebih kurang, serta tips and tricks. Harap membantu. ;)

Jadual kapal terbang Air Asia KUL-UPG serta UPG-KUL cuma pada Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja tau! Kalau dari KUL-UPG dalam jam 1600-1800 sampailah kat sini bergantung jadual. Kalau UPG-KUL flight dalam jam 1600-1800 dan biasanya akan dihantar ke bandara dalam jam 1400-1500 macam tu. Maknanya hari datang dan hari pulang memang tak kemana-mana selain airport-hotel-makan. Jadi rancang berapa hari anda di Makassar! ;)

Waktu solat pula adalah seperti berikut:
Subuh 0415
Zohor 1200
Asar 1530
Maghrib 1830
Isyak 1930

Untuk tambang teksi dari airport ke hotel, biasanya hotel berada di zon 3. Ambil teksi dan tengok zone 3 di cas berapa. Mereka ada kad yang dah listkan harga ikut zon. Kalau ikut pakai mulut tu depends pada kebijaksanaan anda. Biasanya dalam Rp150k-180k. Rate teksi biasanya sama. Dan jaga-jaga! Sebaik anda keluar dari balai ketibaan, orang teksi ramai-ramai akan serbu anda. Taksi pak taksi buk! Serius pening dan bakalan kaget deh! Jadi berlagak cool terus-terusan okey!

Untuk sewa kereta standard avanza, tambah supir = 250k+100k = 350k sehari. Ade jugak sampai 400k. Bajet ini biasanya dapat bawak sampai ke Bantimurung dan Malino. Kalau mintak sampai Rp500k tu da kire kene kelentong le tu.

Untuk hotel tengok rate. Biasanya start around 250k/room unt 1 katil queen atau 2 twin bed. Kalau boleh mintak nak ada jendela (tingkap) pandang luar. Sebab bilik kat sini kecik-kecik. Jangan sampai anda rasa terkurung sudah. Huhu. Nak book hotel better guna booking.com. anda tak perlu bayar ketika booking! ;)

Tapi bagi anda yang da ade travel agent tu i guess no worries la sebab da ade orang setelkan. ;)

Baik. Saya tak kasi itinery, ini tergantung pada tourist agent anda atau anda sendiri. Saya cuma kasi rate dan budget yang murah, yang biasa saya dapatkan untuk family saya dan mereka yang saya uruskan ground handling mereka saat dorang datang sini.

Kita tengok cadangan nak ke mana saja kat Makassar ni . J



Ketibaan

1700 – Tetamu tiba di Makassar, dibawa terus untuk check in hotel, dan makan malam di restoran tempatan selepas solat jama’ takdim maghrib dan isyak. Biasanya tetamu juga perlu solat jamak takhir zohor asar. ;) lepas dinner pulang ke hotel dan rehat. ;)

**bajet makan tak dapat dianggarkan. Huhu**



Malino

Biasanya bagi hotel yang menyediakan breakfast, dah boleh sarapan da dalam jam 7pagi. Dan supir akan ready on 0800.

Dalam jam 8 pagi bergerak ke Malino. Perjalanan dalam 1jam 30 minit hingga 2 jam. Kat sini ada ladang teh, pokok pine, boleh naik kuda, dan air terjun Takapala yang tinggi. kawasan sini agak sejuk tapi tak sesejuk Cameron Highland. Air terjun sgt deras dan sejuk gilerr.

ini Malino.





Yang special kat sini jus dan buah markissa la. banyak kat sini. Fresh fresh. Kalau kat kota Makassar tu jus boleh dapat, buah markissa nehi nehi.

Lepas seharian beraktiviti kt sini on the way balik hotel simggah makan kat restoran lokal, dan bolehlah solat juga istirehat kat hotel. Aktiviti bebas. Kalau sempat dan ada tenaga,  boleh gerak ke Pantai Akkarena atau Pantai Losari untuk tengok sunset. Cantik sunset kat akkarena nih. J

** bajet let say around rp150k sorang bagi yang nak masuk kebun teh, naik kuda dan bagai-bagai. Sebab harga kat Malino ni naik turun ikut mood. Bajet da termasuk unt ke Pantai Akkarena seorang Rp15k.  



Bantimurung

0800  bergerak ke Bantimurung, perjalanan masih lagi makan masa 1jam 30 minit. Kat Bantimurung ni pon air terjun jugak. Tapi tak la sejuk macam kat Malino. Kata mak saya sini lagi selamat nak mandi. Kat sini ade dua gua. Gua mimpi dan Gua Monyet. Boleh masuk gua ni tengok kawasan gua yang sejuk. ;)

Gerak dari Bantimurung, sesiapa yang berminat boleh gerak ke Leang-leang. Kawasan ni kawasan batu karst. Saya tak tau batu karst tu ape. Hehehe. Tapi, cantik pemandangan sini kalau nak tangkap gambar. ;)





On the way balik, sebelum sampai hotel, singgah lunch. Balik bilik dan rehat. Kemudian, aktiviti bebas. Malam tu rasa-rasa nak pergi mall ke tengok keadaan, yang muda rasa nak try wayang kat sini macammana, boleh la.

**bajet masuk non-local Rp55k/person. Tapi boleh dapat Rp25k/person kalau pandai lenggok dan bahasa dorang. Nak masuk gua pakai tour guide unt explain pasal gua tu campor lampu minyak gas tu Rp70k/group. Bajet parking dalam Rp5k.



Trans Studio Makassar

Jam 1100 gamaknye cantiklah untuk bertolak.  Dah nama trans studio, seharian main baru puas! Hehe. Trans mall bukak dalam jam sebelas. Jadi samada lunch kat trans atau keluar lunch mana-mana dulu terserah. Kat trans ni memang satu hari suntuk, duduk lah kat situ. ;)

**Bajet masuk Trans dalam Rp100k/person untuk bukan hari cuti umum. Boleh main satu hari



Samalona

Bagi yang gemar nak snorkel, dan nak snorkel murah, boleh ke Samalona. Nak ke Samalona kena sewa bot merentas lautan dalam 30-45 minit. Bot ni kene pandai tawar. Biasanya dia direct letak sampai 600k untuk dua hala (satu bot) tapi boleh dapat dalam 350k ke 400k sahaja. Satu bot dalam 8-10 orang tu, muat la tu.

Kat Samalona, sewa tempat duduk satu tempat macam pangkin kat taman rumah tu 50k. Sewa alat snorkel 50k/set. Set dia bagi kasut menyelam, google, life jacket. Sebagai tambahan, air kepala 20k, pisang goreng satu porsi 25k. Banyak jugak la pisang dia, kenyang makan 5 orang. Tandas satu kali masok 10k.



Saya kalau ke Samalona saya tak bawak baju tukar sebab nanti on the way balik da kering. And, as soon sampai Makassar balik, terus gerak ke hotel, rehat dan keluar makan, kemudian aktiviti bebas. Nak jalan ke Fort Rottendam ke, nak jalan beli ole-ole ke, nak jalan tengok Muzium Balla Lompoa ke, Makam Sultan Hasanuddin kat Gowa, Benteng Somba Opu ke J



Gowa Discovery Park

Dekat Gowa Discovery park ni ade 3 tempat. Water theme park, Taman Burung dan Tree top tempat aktiviti lasak. Kat sini pon kira sehari jugak kalau masuk ketiga-tiga tempat. Bajet dalam Rp 120k/person.



Ok. Yang saya tulis ni Cuma beberapa tempat yang dekat dengan Kota Makassar. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dan cantik Cuma jauhnye menjangkau 5-7 jam perjalanan. Anda boleh search Tanjung Bira dan Toraja. Biasanya kalau ke sana lain kos dan perkiraan. ;)

Owh, untuk restoran atau rumah makan yang biasanya student kat sini bawak parents dia pergi adalah:

Dapur Kepiting
Wong Solo
Kondro Bakar Karebosi
Rumah Makan Dinar
Rumah Makan lae lae
Rumah Makan Paotere
Ayam Penyet Ria
Cafe The Boss
Bangi Kopitiam

Baiklah, itu sahaja entry pasal jalan-jalan, anything nak tanya bolehla contact saya kat 0139663458 whatsapp sahaja.

Salam sayang dari orang Malaysia di Kota Angging Mammiri. ;)

Yana. 

Jumaat, 26 Disember 2014

Aku Yang Baru



Bismillah.

Alhamdulillah. Aku hadir lagi kali ini dengan blog baru yang insyaAllah lebih matang dari blog sebelum ini. Sudah setahun lebih rasanya terpaksa memadam dan menghapus blog lama lantaran beberapa masalah yang timbul akibat diri sendiri. Garu kepala sambil tersengih.

Ahad lalu ayah, ibu dan adik telah datang ke Makassar bagi menghadiri majlis wisuda Sarjana Kedokteran aku di Unhas. Majlis tu ala-ala majlis konvokesyen la. Alhamdulillah, aku sendiri terkebil-kebil memandang sijil S.Ked yang aku pegang sekarang.

Masakan tidak. Dari kecil aku tak pernah nak bermimpi menjadi seorang doktor. Tak pernah langsung terfikir dan mencatat profesi doktor dalam senarai cita-cita aku. Walaupun profesi ini sememangnya agak popular dalam kalangan anak-anak kecil, Tapi aku memandang profesi ini sebagai satu cita-cita yang terlalu mainstream.

Maka ketika aku mahu acah-acah melawan arus, aku pun timbul dengan idea-idea profesi lain seperti pramugari, peguam, hakim, cikgu, wartawan, hos, dan paling terakhir yang memasuki carta adalah saintis. Masih, selama belasan tahun aku bersekolah tak pernah masuk pun profesi kot putih itu dalam senarai.

Namun mungkin kerana memang hajat hati seorang ibu itu terlalu kuat, maka Allah bukakan jalan untuk aku ke dunia perubatan. Pernah juga terfikir untuk sekadar belajar dan mendapatkan sijil lalu aku serahkan Sarjana Kedoktoran itu kepada ibu lantas aku mengejar pula impian aku yang sebetulnya. Sungguh aku hampir saja buat seperti itu.

Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang cukup mendukung aku, apatah lagi banyak kenalan yang aku anggap sebagai keluarga memang berada di dunia medik ini. seorang Medical Asistant bercerita pada aku tentang lulusan doktor yang kemudiannya mampu menyambung specialist dalam bidang forensik, satu bidang yang amat aku minati di akhir pengajian diplomaku beberapa tahun dulu. Seorang pembantu am bidang kesihatan pula melontarkan pendapat tentang tingginya akademik pelajar perubatan itu sehingga sebenarnya mereka mampu memasuki mana-mana bidang sekalipun andaikata mereka berminat.

Dan aku hari ini sebenarnya baru mahu menempuh alam praktikal dan belum pun masuk ke hospital-hospital untuk mengasah skill yang telah diajarkan. tak berharap banyak, aku cuma berdoa semoga aku mampu tetap terus berada di jalan ini dan mampu menyumbang kepada Malaysia.

Biiznillah.
Ala barakatillah.