Jumaat, 26 Disember 2014

Aku Yang Baru



Bismillah.

Alhamdulillah. Aku hadir lagi kali ini dengan blog baru yang insyaAllah lebih matang dari blog sebelum ini. Sudah setahun lebih rasanya terpaksa memadam dan menghapus blog lama lantaran beberapa masalah yang timbul akibat diri sendiri. Garu kepala sambil tersengih.

Ahad lalu ayah, ibu dan adik telah datang ke Makassar bagi menghadiri majlis wisuda Sarjana Kedokteran aku di Unhas. Majlis tu ala-ala majlis konvokesyen la. Alhamdulillah, aku sendiri terkebil-kebil memandang sijil S.Ked yang aku pegang sekarang.

Masakan tidak. Dari kecil aku tak pernah nak bermimpi menjadi seorang doktor. Tak pernah langsung terfikir dan mencatat profesi doktor dalam senarai cita-cita aku. Walaupun profesi ini sememangnya agak popular dalam kalangan anak-anak kecil, Tapi aku memandang profesi ini sebagai satu cita-cita yang terlalu mainstream.

Maka ketika aku mahu acah-acah melawan arus, aku pun timbul dengan idea-idea profesi lain seperti pramugari, peguam, hakim, cikgu, wartawan, hos, dan paling terakhir yang memasuki carta adalah saintis. Masih, selama belasan tahun aku bersekolah tak pernah masuk pun profesi kot putih itu dalam senarai.

Namun mungkin kerana memang hajat hati seorang ibu itu terlalu kuat, maka Allah bukakan jalan untuk aku ke dunia perubatan. Pernah juga terfikir untuk sekadar belajar dan mendapatkan sijil lalu aku serahkan Sarjana Kedoktoran itu kepada ibu lantas aku mengejar pula impian aku yang sebetulnya. Sungguh aku hampir saja buat seperti itu.

Dan aku ditemukan dengan orang-orang yang cukup mendukung aku, apatah lagi banyak kenalan yang aku anggap sebagai keluarga memang berada di dunia medik ini. seorang Medical Asistant bercerita pada aku tentang lulusan doktor yang kemudiannya mampu menyambung specialist dalam bidang forensik, satu bidang yang amat aku minati di akhir pengajian diplomaku beberapa tahun dulu. Seorang pembantu am bidang kesihatan pula melontarkan pendapat tentang tingginya akademik pelajar perubatan itu sehingga sebenarnya mereka mampu memasuki mana-mana bidang sekalipun andaikata mereka berminat.

Dan aku hari ini sebenarnya baru mahu menempuh alam praktikal dan belum pun masuk ke hospital-hospital untuk mengasah skill yang telah diajarkan. tak berharap banyak, aku cuma berdoa semoga aku mampu tetap terus berada di jalan ini dan mampu menyumbang kepada Malaysia.

Biiznillah.
Ala barakatillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan