Azam 2015 aku
bukan calang-calang. Dulu asal azam je aku target pasal pelajaran. Tapi kali ni
azam aku lain.
Azam aku, aku nak
jadi kurus dan cantik. Dan ya, maaf pada kalian, tapi blog ini akan menjadi
catatan diari aku untuk melihat perkembangan tahun 2015 aku untuk jadi cantik
dan kurus.
Aku adalah orang
yang kau boleh kategorikan sebagai jenis gadis yang pakai langgar. Maksud aku
dengan pakai langgar adalah aku tak terlalu detail in something macam perempuan
lain. Ermm, macammana nak bagi contoh eak. Oklah, macam gini.
Orang pompan
kalau nak masak sambal ikan bilis misalnya, kene ada bawang putih bawang merah,
halia, serai, cili kering, asam jawa, gula, ikan bilis etc. Then ikan bilis tu mestilah kau garing
rangup-rangup dulu dengan kebesaran api yang segini-segini lepas tu kau
ketepikan dan masuklah segala bawang putih, merah halia bagai-bagai satu
persatu ikut aturannya, lepas tu masukkan cili kering yang dah di blend
kemudian kau tumis sampai naik minyak bla bla bla bla sampai namratuslimapulohtiga
muka surat punya panjang resepi tu maka tadaaaaaaa~~~~
Jadilah sambal
ikan bilis kelas pertama kau.
Tapi aku pulak
jenis ada bawang putih, bawang merah, cili kering, asam jawa, ikan bilis. Jadilah
sambal bilis aku walaupon rasanya hmmmmm... hulur ke cicak untuk abiskan pon
cicak tak mau, apatah lagi kucen sama anjing terbiar.
Begitulah cerita
betapa simplenya aku.
Eh eh. Pasal apa
tajuk misi menjadi cantik ni aku bermukaddimah pulak dengan cara orang masak
sambal ikan bilis??
Baiklah. Mari kita
teruskan perjalanan menimba ilmu menuju cantik ni macammana. Ah, sebelum itu
aku nak kasitahu korang semua la. aku ni bakal naik angka 24 pada 2015 ni. Mak aku
serta 2 lagi kakaknya sangat berharap agar aku menamatkan zaman bujang pada
tahun 2015 atau 2016. Sebenarnya aku lebih menyokong visi ayah yang mahu aku
enjoy dulu dan kawen dalam empat hingga lima tahun lagi. Sebab, macam aku cakap
tadi, aku jenis pakai langgar punya orang, mana mungkin ready nak kawen dahh??
Dan aku punye jenis
pakai langgar ni sampai aku rasa aku la antara anak gadis yang tak gheti jaga
kecantikan diri. Main pakai lantak aje. Muka bukan tak ade, muka aku macam
manohara woo (ade la yang cakap, kahkah!) tapi sebab aku jenis berlagak rock
and roll maka aku wat dunno je ngan penjagaan kecantikan. Last last bila kene
reject ngan sorang abam yang aku dok usha 8 tahun baru tahu nak sibuk belajar
jadi cantik.
Pergh. Hebat jugak aku ni. Patutnya aku tengah
meroyan akibat hati ditusuk sembilu wooo woo, aku boleh pulak nekad nak jadi
cantik. Haa, itu namanya anjakan paradigma. Perempuan tak boleh kalah beb ngan
lelaki. Kumbang bukan seekor. Mana tau aku tak dapat abam melayu ni aku dapat
abam Leiden ke, London ke.
Ceh, eksen!
Maka ketika aku
mencari-cari tips dan cara menjadi cantik di samping aku kaitkan dengan pelajaran
aku dalam bidang kesihatan ni maka tahulah aku peri pentingnya supplemen dan
kekuatan fizikal dan mental untuk seorang bergelar gadis mahupun wanita.
Supplemen tu
penting supaya sel-sel dalam tubuh kau dapat hidup dengan baik dan harmonis
serta tumbuh dengan girang gumbiranya menjadikan kau seorang yang terpancar
sinar dari wajah dan anggota lain. Jenis supplemen ni banyak, untuk kulit,
untuk hati, untuk penghadaman, untuk darah dan macam-macam lagi.
Sebagai contoh. Kau
jenis lesu, tak bermaya. Baru buat aktiviti sikit kau dah termengah-mengah. Nak
kata kau gemuk, BMI kau normal. Bibir kau kusam, muka kau masyaAllah, masam!! Maka
semua itu mungkin disebabkan kau tak cukop darah. Tak cukop darah ni ada pulak
macam-macam jenis. Baiklah kau pergi berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.
Maka untuk kau
atasi masalah kurang darah ni biasanya kau akan disarankan ambil vitamin B. Vit
B ni secara biokimianya mampu membantu memperbanyak heamoglobin dan sel darah
merah dll dan dapatlah topup kekurangan darah au tadi. maka bila darah kau dah
cukop, dapatlah pulak menambahbaik fizikal kau yang orang nampak macam zombi
tadi tu kepada barbie in wonderland.
Chewah. Suka hati
je kan teori aku ni. Tapi lebih kurang macam gitu la.
Next, kekuatan
fizikal. Sebenarnya aku lebih nak highlight pada pada senaman. Yes, senaman tu
sangat penting. Selain keep you fit, lancarkan aliran darah, naikkan
metabolisme, bagusnya senaman ni adalah untuk membentuk otot-otot kau menjadi
satu figura yang menggiurkan.
Kau tengok
Farizal Masrizal. Hooi, kau tak kenal sapa dia? Kalau aku sebut Chapuis kau
mesti kenal kan? Well, untuk pengetahuan kau, montot si Farizal ni lebih seksi
dan lebiah auumm dari seluruh tubuh Chapuis tu. kahkah, hangpa jangan kata mata
aku kemain pi layan momtot orang pulak! Tak. Tapi dari montot si goal keeper
Malaysia ni lah aku dapat satu inspirasi yang berbunyik
Kalau montot
Farizal lagi seksi dari montot pompan, jangan salahkan laki-laki banyak gay! Ahaks
Maka aku pon
menggugel bagaimana untuk mendapatkan montot se ummpphh FM. Barulah aku kenal
dengan namanya squat. Buatnya pon senang banget deh! Dan disebabkan aku ada sejarah kyphosis
(baca: bongkok) aku gugel pula pasal senaman untuk mengurangkan kebongokkan. Eh
salah. Kebongkokkan. Series cakap lah. Senang
amettt senaman ni ghupanya.
Tinggal nak dan
taknak je. Itu pasal aku masuk pulak dengan kekuatan mental. Mental kita ni,
kalau kau kaji kan, (eleh, nak kaji sekarang ni senang je, banyakkan pembacaan)
kalau kita sentiasa membaca, mendengar atau menerima sesuatu ayat dalam satu
jangkamasa yang signifikan dan berterusan, otomatik akan terbentuk satu
sub-concious mind dalam otak kita yang kemudiannya akan menjadikan kita orang
yang melakukan sesuatu itu secara senang dan mudah.
Example. Kita yang
hari-hari tengok iklan KFC, lalu pulak KFC hari-hari, secara tak langsung, kita
akan kata ayam KFC lebih sedap dari ayam McD dan A&W. Maka kita akan leboh
sering ke KFC berbanding ke restoran lain. Bila orang sebut ayam goreng,
automatik kita terbayang KFC. Kenapa? Sebab kita da terlalu kerap didedahkan dengan
KFC. Sampai kadang-kadang kita lupa adanya menu lain kat KFC tu selain ayam
goreng. Nak original ke spicy??
Begitu juga
dengan azam. Kau nak kurus. Maka wajib untuk kau tulis dan tampal azam kau tu
di mana-mana tempat dalam rumah kau yang kau senang nampak. Supaya kau sering
baca dan azam tu melekat dalam minda kau 24/7. Dan kau akan berdisiplin dengan
rutin harian kau, pemakanan kau dan aktiviti kau.
Itu semua sekadar
teori aku. Kau nak cedok kau cedok. Tapi elok kiranya kau ambil dari pembacaan
yang lebih ilmiah. Tapi sekali lagi aku nak tulis kat sini, benda utama yang
dapat membantu kau untuk capai azam cantik dan kurus ada 3 (yang kau boleh
dapat dari aku la) yaitu
Supplemen.
Fizikal.
Mental.
Semoga kita
sama-sama lebih cantik bulan 6 nanti. Theeheee..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan