Memaparkan catatan dengan label cabaran diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabaran diri. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

Koass Kulit Minggu 1 - Ketika engkau dipanggil dokter!


Bismillah.

Baru seminggu aku masuk kulit. Dua kali aku oncall kat hospital. Kat kulit ni tak adalah penat sangat. Kau oncall untuk selaber sahaja. Selaber tu kira macam ni -- kau akan berkeliling satu hospital masuk wad ke wad dan cari pesakit kulit. Mostly orang tak datang hospital dengan keluhan kulit. Orang akan datang dengan keluhan lain tapi ada jugak keluhan pasal kulit. Contoh -- ada tumor rahim dan gatal-gatal kat bahagian badan, orang cuma datang untuk masalah tumor. Dari situ bila doktor tanya ada sakit lain ke tak barulah pesakit akan cakap saya gatal kat sini, saya begitu begini. Dan doktor akan panggil dktor kulit untuk settle bab kulit. Jadi sebab tu kitorang koass ni kene selaber dan tanya ada pesakit kulit ke ak di setiap wad, sebab tak ada wad khusus kulit sahaja.

Jadi kalau dah nama jalan satu hospital dengan kod putih doktor tentu sahaja orang panggil kau doktor. Seriously the very first time orang tanya aku "mahu apa dok?" aku rasa macam speechless. Aku ni baru koass. Minggu satu pulak tu. Orang panggil doktor tu satu penghargaan besar sangat untuk orang kerdil ni.

Ada satu masa tu aku selaber pagi-pagi sebab aku jaga malam dari pukul 9 malam ke 8 pagi. Masa tu aku tengah berjalan kat koridor. Ada dalam 6-8 orang pakcik guard yang jalan lawan arus dengan aku. masa bertembung tu muka aku biasa je. Erkk, muka biasa aku ni agak sombong sikit, tapi aku tak sombong tau! Tetiba sorang pak guard tu cakap "Selamat pagi, dok!"

Masa tu aku rasa terkejut. Syukurlah aku ni kalau orang tegur memang jenis menggangguk cepat. Jadi aku angguk je la. Tapi aku rasa sentap gila. Aku ni koass je pon, baru masuk seminggu. Kenapa pagi-pagi nak muka ketat? Kenapa pak guard yang da kerja bertahun-tahun kat hospital pulak yang nak kena tegur aku?

Lepas tu apa lagi aku pasang la senyum lebar sepanjang selaber tuh. Tetiap kali masuk wad mencerah muka aku senyum sebelum tanya ada pesakit ke tak pada nurse kat nurse station. Ada yang balas ada yang tak. Ada jugak yang macam pelik --apahal lah budak ni pagi-pagi dah senyum sensorang. hahaha

Ade pesakit yang aku jumpa, dia orang makcik tua. Dia masuk wad untuk buang tumor dan gatal bahagian bawah perut. Kulit dia kat bahagian tu gelap sikit, gatal-gatal. Aku masuk tanya nama dia then panggil kawan aku sebab kitorang tercarik-carik pesakit. Bila datang balik kat katil, dia punya senyum sebab ada 'doktor' datang tengok, muka dia ceria sangat! Waktu aku tanya - soalan biasa dan bodoh je pun, dia menjawab dan mengadu penuh harap macam akulah doktor yang merawat dia. perasaan masa tu bercampur-campur.

Aku masih mentah. Belajar pun banyak yang dah lupa. Serba tak tahu. Tapi Allah izin orang pandang aku tinggi. Rasa malu sangat-sangat. Baru minggu pertama koass sahaja da muka ketat, banyak komplen sebab penat. balik rumah tak belajar. Malu. Malu!!

Harap-harap pengalaman aku minggu ni dapat didik aku untuk jadi low profile. lepas ni aku kena selalu ingat untuk senyum kat semua orang, Walaupun dr Rambo kata kalau senyum-senyum tu ada kelainan (ade penyakit). Hahaha


---------------------------------------

Itu bab senyum. Ade satu hal lagi yag aku nak kongsikan. Haritu masa dinas kat poliklinik kulit satu hospital ni, ade sorang makcik tu datang dengan melanoma. orang kata tumor kulit la senang. Ada pertumbuhan sel kat hidung. Tak besar sangat, ala-ala tahi lalat Izan Irdawaty je. Dia datang haritu sebab ada appoinment nak buat minor operation buang tumor tu.

Jadi kami si koass ni dibenarkan masuk bilik rawatan dan perhati prosedure yang doktor lakukan. ya Allah, gembiranya hati dapat tengok walaupun minor operation. Tengok doktor tu pegang pisau bedah, hiris kulit pesakit, jahit kulit pesakit. Hmmm, tak sabar nak praktis jahit menjahit ni sebab dulu masa osce blok trauma aku hari-hari lepak dalam bilik keterampilan bedah and praktis untuk biasakan diri. bila nampak dokter buat real depan mata rasa macam nak mintak izin buat aje. Hohoho!!

Seronok! Sangat seronok dan mengujakan. Tiga tahun aku aku tunggu untuk habiskan teori dan masuk praktikal sebab aku tak suka belajar tanpa benda depan mata -- aku lembab sikit. Jujur cakap, 3tahun aku belajar tu aku tak dapat banyak sebenarnya. huhuhu. Jenis aku belajar, aku kena tengok depan mata dulu macammana sesuatu benda tu baru aku boleh paham betul dan ingat.

Bahagian kulit tinggal 3 minggu lagi. Doakan aku lebih aktif belajar dan bertanya doktor dan cari kes!! ok, nak siapkan kerja ang banyak ni -Refarat mini 2, refarat besar, poster mini.  banyak nii!!! ;P

ok, babab!!

Khamis, 22 Januari 2015

The Beginning Of My Clinical



Bismillah.

Jadi begini. Setelah menduduki preklinikal di universiti selama 3 tahun dan ada tambahan enam bulan sebab repeat paper - well im not an excellent student- Alhamdulillah rabbil alamin aku akhirnya Tuhan izinkan masuk ke fasa klinikal. Well, sebenarnya agak sedih la jugak sebab semua orang da berdesup desap masuk aku baru terhegeh.

Tapi takpa. Kata nenek, rezeki orang lain-lain. Jadi kita senyum sahaja lah !

Dan seperti yang ditakdirkan, Dia letak aku di stesen Kulit dan Kelamin sebagai pengalaman paling pertama aku dalam dunia koas ni. Lepas dah daftar ni aku takut nak tengok cermin. Takut nak bayangkan beza kulit muka aku dan dokter-dokter kulit.

Erm, amik tisu jap nak menangis.

Tinggal lagi 2 minggu untuk melangkah ke alam yang benar-benar baru. Takut. Risau. Berdebar. TAK SABAR !

Aku harap nanti aku masih boleh memotret beberapa momen.
Masih boleh menulis / menaip karya.
Masih boleh berkongsi cerita.
Di sini.

Eh, padahal ni blog baru aku! hahaha

Nanti-nanti kalau ada cerita menarik, aku akan menulis. Aku menulis untuk aku kenang balik perangai-perangai aku. Apa yang pernah aku buat. Harap diberi izin menjadi terbaik.

Dalam berkarya dan bekerja.





Doakan aku ya ! Kasi pecut laju-laju. ;)





I'm waking up to ash and dust
I wipe my brow and I sweat my rust
I'm breathing in the chemicals

I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

I raise my flags, don my clothes
It's a revolution, I suppose
We'll paint it red to fit right in
Whoa

I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

All systems go, the sun hasn't died
Deep in my bones, straight from inside

I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive

Ahad, 28 Disember 2014

AZAM 2015 : Misi Menjadi Cantik Dan Kurus

Azam 2015 aku bukan calang-calang. Dulu asal azam je aku target pasal pelajaran. Tapi kali ni azam aku lain.

Azam aku, aku nak jadi kurus dan cantik. Dan ya, maaf pada kalian, tapi blog ini akan menjadi catatan diari aku untuk melihat perkembangan tahun 2015 aku untuk jadi cantik dan kurus.

Aku adalah orang yang kau boleh kategorikan sebagai jenis gadis yang pakai langgar. Maksud aku dengan pakai langgar adalah aku tak terlalu detail in something macam perempuan lain. Ermm, macammana nak bagi contoh eak. Oklah, macam gini.

Orang pompan kalau nak masak sambal ikan bilis misalnya, kene ada bawang putih bawang merah, halia, serai, cili kering, asam jawa, gula, ikan bilis etc.  Then ikan bilis tu mestilah kau garing rangup-rangup dulu dengan kebesaran api yang segini-segini lepas tu kau ketepikan dan masuklah segala bawang putih, merah halia bagai-bagai satu persatu ikut aturannya, lepas tu masukkan cili kering yang dah di blend kemudian kau tumis sampai naik minyak bla bla bla bla sampai namratuslimapulohtiga muka surat punya panjang resepi tu maka tadaaaaaaa~~~~

Jadilah sambal ikan bilis kelas pertama kau.

Tapi aku pulak jenis ada bawang putih, bawang merah, cili kering, asam jawa, ikan bilis. Jadilah sambal bilis aku walaupon rasanya hmmmmm... hulur ke cicak untuk abiskan pon cicak tak mau, apatah lagi kucen sama anjing terbiar.
Begitulah cerita betapa simplenya aku.

Eh eh. Pasal apa tajuk misi menjadi cantik ni aku bermukaddimah pulak dengan cara orang masak sambal ikan bilis??

Baiklah. Mari kita teruskan perjalanan menimba ilmu menuju cantik ni macammana. Ah, sebelum itu aku nak kasitahu korang semua la. aku ni bakal naik angka 24 pada 2015 ni. Mak aku serta 2 lagi kakaknya sangat berharap agar aku menamatkan zaman bujang pada tahun 2015 atau 2016. Sebenarnya aku lebih menyokong visi ayah yang mahu aku enjoy dulu dan kawen dalam empat hingga lima tahun lagi. Sebab, macam aku cakap tadi, aku jenis pakai langgar punya orang, mana mungkin ready nak kawen dahh??

Dan aku punye jenis pakai langgar ni sampai aku rasa aku la antara anak gadis yang tak gheti jaga kecantikan diri. Main pakai lantak aje. Muka bukan tak ade, muka aku macam manohara woo (ade la yang cakap, kahkah!) tapi sebab aku jenis berlagak rock and roll maka aku wat dunno je ngan penjagaan kecantikan. Last last bila kene reject ngan sorang abam yang aku dok usha 8 tahun baru tahu nak sibuk belajar jadi cantik.

Pergh.  Hebat jugak aku ni. Patutnya aku tengah meroyan akibat hati ditusuk sembilu wooo woo, aku boleh pulak nekad nak jadi cantik. Haa, itu namanya anjakan paradigma. Perempuan tak boleh kalah beb ngan lelaki. Kumbang bukan seekor. Mana tau aku tak dapat abam melayu ni aku dapat abam Leiden ke, London ke.

Ceh, eksen!

Maka ketika aku mencari-cari tips dan cara menjadi cantik di samping aku kaitkan dengan pelajaran aku dalam bidang kesihatan ni maka tahulah aku peri pentingnya supplemen dan kekuatan fizikal dan mental untuk seorang bergelar gadis mahupun wanita.

Supplemen tu penting supaya sel-sel dalam tubuh kau dapat hidup dengan baik dan harmonis serta tumbuh dengan girang gumbiranya menjadikan kau seorang yang terpancar sinar dari wajah dan anggota lain. Jenis supplemen ni banyak, untuk kulit, untuk hati, untuk penghadaman, untuk darah dan macam-macam lagi.

Sebagai contoh. Kau jenis lesu, tak bermaya. Baru buat aktiviti sikit kau dah termengah-mengah. Nak kata kau gemuk, BMI kau normal. Bibir kau kusam, muka kau masyaAllah, masam!! Maka semua itu mungkin disebabkan kau tak cukop darah. Tak cukop darah ni ada pulak macam-macam jenis. Baiklah kau pergi berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

Maka untuk kau atasi masalah kurang darah ni biasanya kau akan disarankan ambil vitamin B. Vit B ni secara biokimianya mampu membantu memperbanyak heamoglobin dan sel darah merah dll dan dapatlah topup kekurangan darah au tadi. maka bila darah kau dah cukop, dapatlah pulak menambahbaik fizikal kau yang orang nampak macam zombi tadi tu kepada barbie in wonderland.
Chewah. Suka hati je kan teori aku ni. Tapi lebih kurang macam gitu la.

Next, kekuatan fizikal. Sebenarnya aku lebih nak highlight pada pada senaman. Yes, senaman tu sangat penting. Selain keep you fit, lancarkan aliran darah, naikkan metabolisme, bagusnya senaman ni adalah untuk membentuk otot-otot kau menjadi satu figura yang menggiurkan.

Kau tengok Farizal Masrizal. Hooi, kau tak kenal sapa dia? Kalau aku sebut Chapuis kau mesti kenal kan? Well, untuk pengetahuan kau, montot si Farizal ni lebih seksi dan lebiah auumm dari seluruh tubuh Chapuis tu. kahkah, hangpa jangan kata mata aku kemain pi layan momtot orang pulak! Tak. Tapi dari montot si goal keeper Malaysia ni lah aku dapat satu inspirasi yang berbunyik

Kalau montot Farizal lagi seksi dari montot pompan, jangan salahkan laki-laki banyak gay! Ahaks

Maka aku pon menggugel bagaimana untuk mendapatkan montot se ummpphh FM. Barulah aku kenal dengan namanya squat. Buatnya pon senang banget deh!  Dan disebabkan aku ada sejarah kyphosis (baca: bongkok) aku gugel pula pasal senaman untuk mengurangkan kebongokkan. Eh salah. Kebongkokkan.  Series cakap lah. Senang amettt senaman ni ghupanya.

Tinggal nak dan taknak je. Itu pasal aku masuk pulak dengan kekuatan mental. Mental kita ni, kalau kau kaji kan, (eleh, nak kaji sekarang ni senang je, banyakkan pembacaan) kalau kita sentiasa membaca, mendengar atau menerima sesuatu ayat dalam satu jangkamasa yang signifikan dan berterusan, otomatik akan terbentuk satu sub-concious mind dalam otak kita yang kemudiannya akan menjadikan kita orang yang melakukan sesuatu itu secara senang dan mudah.

Example. Kita yang hari-hari tengok iklan KFC, lalu pulak KFC hari-hari, secara tak langsung, kita akan kata ayam KFC lebih sedap dari ayam McD dan A&W. Maka kita akan leboh sering ke KFC berbanding ke restoran lain. Bila orang sebut ayam goreng, automatik kita terbayang KFC. Kenapa? Sebab kita da terlalu kerap didedahkan dengan KFC. Sampai kadang-kadang kita lupa adanya menu lain kat KFC tu selain ayam goreng. Nak original ke spicy??

Begitu juga dengan azam. Kau nak kurus. Maka wajib untuk kau tulis dan tampal azam kau tu di mana-mana tempat dalam rumah kau yang kau senang nampak. Supaya kau sering baca dan azam tu melekat dalam minda kau 24/7. Dan kau akan berdisiplin dengan rutin harian kau, pemakanan kau dan aktiviti kau.

Itu semua sekadar teori aku. Kau nak cedok kau cedok. Tapi elok kiranya kau ambil dari pembacaan yang lebih ilmiah. Tapi sekali lagi aku nak tulis kat sini, benda utama yang dapat membantu kau untuk capai azam cantik dan kurus ada 3 (yang kau boleh dapat dari aku la) yaitu


Supplemen.
Fizikal.
Mental.


Semoga kita sama-sama lebih cantik bulan 6 nanti. Theeheee..