Jumaat, 3 April 2015
Langkah
Assalamualaikum.
Ketika itu telihat seorang laki-laki tua yang terbaring lesu di atas katil hospital. Kau menatap mata tua itu yang lesu. Dia lesu untuk terus di situ. Maruahnya bagai tercabar bila tubuhnya sendiri enggan menerima perintah otak untuk terus berdiri dan gagah berlari melakukan segala jenis kerja, menghambur keringat-keringat yang masih tersisa.
Dia bertanya-tanya, dimana kekuatan aku yang dulu? Dia mencari-cari titik-titik awal untuk dia mula belajar berdiri kembali untuk mampu mengurus diri sendiri. Dia pernah jatuh, pernah terduduk dan pernah tercampak terkontang-kanting dalam hidupnya, tapi tidak seperti ini. Ini cukup berbeza! Kenapa dia tak kuat untuk melantun kembali??
Dia, yang sunyi sejak kematian isteri sepuluh tahun lalu, dan anak-anaknya semua sudah selesai dia sekolah dan nikahkan. Biarlah kalau mahu ditinggal sendiri, dia takkan pernah meninggalkan tempat dia dan isterinya tinggal bersusah payah mengharung hidup. Biarlah anaknya bersenang di kota sedang dia masih membanting tulang dengan tanah dan alam, pulang dalam basah becak yang melengket di pakaian, belum lagi keringat yang bagai diperah-perah yang melekit di badan.
Dia tak pernah mahu menyusahkan. Dia tak pernah mahu diteman sejak teman sejatinya dijemput Tuhan. Dia cuma mahu mengait semula kenangan hidup sambil menanti dia pula dibentangkan jalan bertemu kesayangan.
Dia pasrah. Kalau sudah tidak bisa kaki menongkat badan, biar sahaja dia baring di tanah. Tanah itu temannya. Bertahun dia terbaring di tanah melepas lelah saat terik panas menggigit tubuhnya. Terkadang dia tertidur sambil menunggu isterinya datang membawa makanan. Kemudian akan mengusap kepalanya lembut mengajak makan ditemani angin sepoi di bawah pohon rendang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan