Khamis, 22 Januari 2015
The Beginning Of My Clinical
Bismillah.
Jadi begini. Setelah menduduki preklinikal di universiti selama 3 tahun dan ada tambahan enam bulan sebab repeat paper - well im not an excellent student- Alhamdulillah rabbil alamin aku akhirnya Tuhan izinkan masuk ke fasa klinikal. Well, sebenarnya agak sedih la jugak sebab semua orang da berdesup desap masuk aku baru terhegeh.
Tapi takpa. Kata nenek, rezeki orang lain-lain. Jadi kita senyum sahaja lah !
Dan seperti yang ditakdirkan, Dia letak aku di stesen Kulit dan Kelamin sebagai pengalaman paling pertama aku dalam dunia koas ni. Lepas dah daftar ni aku takut nak tengok cermin. Takut nak bayangkan beza kulit muka aku dan dokter-dokter kulit.
Erm, amik tisu jap nak menangis.
Tinggal lagi 2 minggu untuk melangkah ke alam yang benar-benar baru. Takut. Risau. Berdebar. TAK SABAR !
Aku harap nanti aku masih boleh memotret beberapa momen.
Masih boleh menulis / menaip karya.
Masih boleh berkongsi cerita.
Di sini.
Eh, padahal ni blog baru aku! hahaha
Nanti-nanti kalau ada cerita menarik, aku akan menulis. Aku menulis untuk aku kenang balik perangai-perangai aku. Apa yang pernah aku buat. Harap diberi izin menjadi terbaik.
Dalam berkarya dan bekerja.
Doakan aku ya ! Kasi pecut laju-laju. ;)
I'm waking up to ash and dust
I wipe my brow and I sweat my rust
I'm breathing in the chemicals
I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa
I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
I raise my flags, don my clothes
It's a revolution, I suppose
We'll paint it red to fit right in
Whoa
I'm breaking in, shaping up, then checking out on the prison bus
This is it, the apocalypse
Whoa
I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
All systems go, the sun hasn't died
Deep in my bones, straight from inside
I'm waking up, I feel it in my bones
Enough to make my systems blow
Welcome to the new age, to the new age
Welcome to the new age, to the new age
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Whoa, oh, oh, oh, oh, whoa, oh, oh, oh, I'm radioactive, radioactive
Label:
2015,
aku,
cabaran diri,
cuti sudah habis,
life,
makassar,
pelajar
Rabu, 21 Januari 2015
REVIEW FILEM : PEEKAY (PK)
Seorang alien telah datang ke
Bumi untuk membuat kajian tentang penduduk Bumi. Bentuk fizikalnya persis
seorang manusia. berhidung, bermata, dua kaki dan tangan.
Namun sebaik sahaja turun dari kapal angkasanya, alat yang menghubungkan dia dengan temannya telah dicuri seseorang. Dan dia mencuba berbagai macam cara mencari kembali barang kepunyaannya. dia yang tidak boleh berbahasa seperti orang di bumi mendapat pelbagai macam halangan. orang menggelarnya Peekay (Pemabuk / Orang gila )
Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki dan dapat mencari cara bagaimana untuk berkomunikasi. Dia menceritakan masalahnya kepada lelaki itu dan pergi ke Delhi kerana diberitahu bahawa mungkin barang curian itu telah dijual di Delhi.
Dia ke Delhi dan menceritakan masalahnya kepada semua orang yang ditemukan.
"Cuma Tuhan yang boleh menolongmu" -kata-kata setiap seorang yang mendengar ceritanya.
Maka dia mencari di mana Tuhan. Pelbagai ritual agama yang dijumpainya dia lakukan untuk meminta Tuhan pulangkan kembali barang kepunyaannya supaya dia dapat pulang ke planetnya.
Suatu hari dia diketemukan dengan barangnya yang sekarang menjadi milik seorang pendita Hindu yang mengatakan barang tersebut adalah batu dari Dewa. Gagal mendapatkan barang kepunyaannya, PK berasa penat dan merasa semua itu sebagai satu perkara yang sia-sia. Dia merasa terlalu banyak Tuhan di Bumi. Tuhan orang Hindu, Buddha, Kristian, Islam.
Sehinggalah dia bertemu dengan Jaggu, seorang wartawan tv yang mencari berita. Dia berterus terang kepada Jaggu bahawa dia seorang alien. Dia diketawakan, dan akhirnya Jaggu percaya dia seorang alien. Dan ketika Jaggu melakukan sesuatu pada pemanggil yang tersalah nombor, PK malah merumuskan bahawa usahanya memohon bantuan Tuhan untuk mendapatkan semula barangnya sebenarnya diganggu oleh 'talian yang salah'.
Dan bermulalah usahanya mendapatkan barangnya dengan mengutarakan dan memberi beberapa penjelasan kepada Pendeta Hindu yang memegang barangnya bahawa apa yang ada pada Pendeta itu bukan batu dari Dewa.
Idea dari PK mendapat liputan hangat dari seluruh India. Orang-orang sudah mulai kurang percaya dengan pendeta-pendeta agama ketika mereka merasakan sesuatu ritual itu adalah tidak logik dan berlebih-lebihan.
Pendeta Hindu yang merasa tergugat dengan idealisme PK yang meluas kemudiannya mencabar PK untuk bersemuka secara live di kaca televisyen. PK menyahut cabaran.
Dan PK mampu membuktikan bahawa teorinya tentang 'talian yang salah' yang dibawa kebanyakan pendeta-pendeta agama adalah benar. Maka dia berjaya mendapatkan kembali barang kepunyaannya dan pulang ke planetnya.
Satu filem yang saya kira agak berat sebenarnya untuk digest. Namun di akhir filem saya tersenyum kerana sedar antara point utama filem PK ini.
Kalau mahu sesuatu dan memohon kepada Tuhan, tak perlu ada perantara. Tak perlu paderi untuk memohon keampunan dosa, tak perlu sami untuk meminta segala jenis permintaan, rezeki, pertolongan dan bantuan dari Tuhan.
Hanya perlu minta terus. Direct. Kita dan Tuhan.
Tak perlu orang lain.
Kan, Tuhan itu Maha Hebat? ;)
Namun sebaik sahaja turun dari kapal angkasanya, alat yang menghubungkan dia dengan temannya telah dicuri seseorang. Dan dia mencuba berbagai macam cara mencari kembali barang kepunyaannya. dia yang tidak boleh berbahasa seperti orang di bumi mendapat pelbagai macam halangan. orang menggelarnya Peekay (Pemabuk / Orang gila )
Sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki dan dapat mencari cara bagaimana untuk berkomunikasi. Dia menceritakan masalahnya kepada lelaki itu dan pergi ke Delhi kerana diberitahu bahawa mungkin barang curian itu telah dijual di Delhi.
Dia ke Delhi dan menceritakan masalahnya kepada semua orang yang ditemukan.
"Cuma Tuhan yang boleh menolongmu" -kata-kata setiap seorang yang mendengar ceritanya.
Maka dia mencari di mana Tuhan. Pelbagai ritual agama yang dijumpainya dia lakukan untuk meminta Tuhan pulangkan kembali barang kepunyaannya supaya dia dapat pulang ke planetnya.
Suatu hari dia diketemukan dengan barangnya yang sekarang menjadi milik seorang pendita Hindu yang mengatakan barang tersebut adalah batu dari Dewa. Gagal mendapatkan barang kepunyaannya, PK berasa penat dan merasa semua itu sebagai satu perkara yang sia-sia. Dia merasa terlalu banyak Tuhan di Bumi. Tuhan orang Hindu, Buddha, Kristian, Islam.
Sehinggalah dia bertemu dengan Jaggu, seorang wartawan tv yang mencari berita. Dia berterus terang kepada Jaggu bahawa dia seorang alien. Dia diketawakan, dan akhirnya Jaggu percaya dia seorang alien. Dan ketika Jaggu melakukan sesuatu pada pemanggil yang tersalah nombor, PK malah merumuskan bahawa usahanya memohon bantuan Tuhan untuk mendapatkan semula barangnya sebenarnya diganggu oleh 'talian yang salah'.
Dan bermulalah usahanya mendapatkan barangnya dengan mengutarakan dan memberi beberapa penjelasan kepada Pendeta Hindu yang memegang barangnya bahawa apa yang ada pada Pendeta itu bukan batu dari Dewa.
Idea dari PK mendapat liputan hangat dari seluruh India. Orang-orang sudah mulai kurang percaya dengan pendeta-pendeta agama ketika mereka merasakan sesuatu ritual itu adalah tidak logik dan berlebih-lebihan.
Pendeta Hindu yang merasa tergugat dengan idealisme PK yang meluas kemudiannya mencabar PK untuk bersemuka secara live di kaca televisyen. PK menyahut cabaran.
Dan PK mampu membuktikan bahawa teorinya tentang 'talian yang salah' yang dibawa kebanyakan pendeta-pendeta agama adalah benar. Maka dia berjaya mendapatkan kembali barang kepunyaannya dan pulang ke planetnya.
Satu filem yang saya kira agak berat sebenarnya untuk digest. Namun di akhir filem saya tersenyum kerana sedar antara point utama filem PK ini.
Kalau mahu sesuatu dan memohon kepada Tuhan, tak perlu ada perantara. Tak perlu paderi untuk memohon keampunan dosa, tak perlu sami untuk meminta segala jenis permintaan, rezeki, pertolongan dan bantuan dari Tuhan.
Hanya perlu minta terus. Direct. Kita dan Tuhan.
Tak perlu orang lain.
Kan, Tuhan itu Maha Hebat? ;)
Sabtu, 10 Januari 2015
REVIEW NOVEL : ATHIRAH
Tajuk: Athirah.
Penulis: Alberthiene Endah.
Tebal halaman: 387 mukasurat.
Sinopsis:
“Apakah ini artinya
Emma kalah, Jusuf?”
Pertanyaan Emma
menusuk batinku. Aku pilu. Mata bening Emma basah.
Angin sore mendadak
terasa sangat dingin.
Cahaya matahari dai
barat jatuh di wajah Emma. Dukanya semakin terlihat.
Emma tidak pernah punya gambaran tentang wanita yang
dimadu.
Sejak Bapak memilih tinggal di rumah keduanya, Emma
sering terlihat merenung, tertunduk lesu. Ketika langkah bapak semakin jarang
terdengar di rumah kami, Emma semakin sendu.
Namun, Emma tidak membiarkan dirinya terlalu lama disiksa
rindu.
Dia segera berjuang untuk bangkit, menjadi wanita yang
mandiri.
Emma adalah perjalanan keberanian ada sosok yang kokoh
dalam dirinya yang lembut dan sangat halus.
Jika kau ingin aku berkata-kata tentang keindahan,
kepadanya benakku akan tertumpu.
Maka kini, aku akan bercerita tentang dia, ibuku.
Emma-ku, Athirah.
Perempuan indah yang mengajarkan aku tentang hidup....
Sesuatu yang tak perlu kau takutkan jika kau tahu makna
kesabaran....
Aku selesaikan pembacaan dalam 3 hari. Untuk buku tebal
hampir 400 halaman ini, itu memang prestasi aku yang menakjubkan. Ya, buku ini
juga mendatangkan rasa ghairah aku untuk terus membaca, mengetahui apa yang
terjadi berikutnya.
Jusuf, seorang anak sulung lelaki yang sangat mencintai
ibunya. Dia berasal dari keluarga yang agak senang di zamannya, memandangkan
ayahnya seorang peniaga yang sangat berjaya dengan pelbagai perusahaan. Hidup keluarganya
harmoni. Mempunyai ibu yang penyayang yang turut menjadi isteri serta pendukung
yang amat kuat pula kepada kerjaya ayahnya.
Namun takdir Tuhan datang. Bermula dengan cakap-cakap
orang tentang hubungan ayahnya dengan seorang perempuan sehinggalah mereka
berkahwin. Ayahnya tak lagi tidur di rumah, hanya sekadar datang di siang hari
menjenguk anak-anak.
Ibu Jusuf, Athirah megalami kemurungan. Walau dia cuba
menutup dan menepis bagi memastikan tugasnya sebagai seorang isteri dan seorang
ibu tidak terjejas, kesedihan itu tetap dapat dirasai oleh Jusuf dan saudaranya
yang lain. Dan Athirah sangat beruntung kerana mendapat anak-anak yang sangat
memahami.
Entah macammana, semangat Athirah pulih sedikit demi
sedikit. Menjadi perempuan kuat dan berjiwa.
Dan itu menjadi keterujaan Jusuf. Dengan Athirah, dia
berkongsi suka dan duka. Dengan Athirah, dia menangis ketawa. Dengan Athirah,
dia memenuhi keperluan masyarakat sekelilingnya.
Dengan Athrah, dia menjadi Jusuf Kalla, seorang tokoh di
Indonesia! ;)
Bahasa yang diatur penulis, indah. Cerita-cerita yang
dipaparkan sangat dekat dengan kita dan malar segar. Entah. Kejadian sekitar
1960an itu terasa mirip dengan apa yang pernah aku lakukan di tahun-tahun 2000
ke atas. Penyampaian cerita sangat menembus hati. Membuat aku sama-sama ketawa,
menangis dan suspen sepanjang mengikut jalan cerita.
Buku ini sarat dengan cerita kehidupan. Bayangkan sahaja,
jarak masa hampir seratus tahun dapat dimasukkan ke dalam novel hebat ini. Ada cerita-cerita
tentang kehidupan seawal 1920 hingga 2013! Menakjubkan!
Cerita setia, cerita kesabaran, cerita kesungguhan,
cerita penyesalan, cerita kasih sayang dan cinta semua dirangkup dengan hebat
di dalam naskah Athirah. Cerita yang berakhir dengan kejayaan yang amat
membanggakan dihujung cerita.
Tak rugi memiliki buku ini. Sungguh tak rugi. ;)
Sementelah buku ini melatarbelakangkan Makassar, sungguh,
aku terasa amat dekat dan terus jatuh cinta. Setiap tempat yang tercatat dalam
buku, semuanya mampu untuk aku bayangkan seperti ada layar kaca di depan mata. Bagaimana
Bantimurung, cantiknya senja di Pantai Losari, Mesjid Raya yang gah tersergam
indah, warung-warung makan sekitar Makassar. Unhas, universiti tempat aku
belajar sendiri! ;)
Buku ini menjawab banyak persoalan aku. Pernah aku
melihat lab coat seorang kawan kampus Unhas yang tertulis Sekolah Islam
Athirah. Aku tertanya siapa Athirah sehingga namanya diabadikan sebagai sebuah
sekolah?
Aku kenal dengan nama Kalla lantaran banyak bangunan di
sekitar sini memakai namanya. Jusuf Kalla pula orang popular di Indonesia. Aku tahu
dia asal Makassar. Maka aku tertanya bagaimana kehidupan dia, sehingga menjadi
orang kaya, orang ada-ada?
Bagaimana dia memulakan perniagaan automobil dan menjadi
dealer besar Toyota di Makassar?
Buku ini menjawab persoalan-persoalan itu dengan terlalu
baik.
Cuma mungkin, sebagai seseorang yang boleh sedikit
berlenggok bahasa Makassar, aku jadi tidak puas membaca dialog-dialog yang
disampaikan. Kerna aku tak mendapat cara cakap orang Makassar dalam buku ini. Agak
mengganggu konsentrasi dan keterujaan sebenarnya namun garapan dan perjalanan
cerita mampu menghilangkan gangguan itu.
Ah, Alberthiene Endah orang Bandung, bukan Makassar. Jadi,
maafkan sajalah! ;)
Sabtu, 3 Januari 2015
Review Zine : BATTLEFIELD !
Bismillah.
Assalamualaikum semua. Apa kabar hati, apa kabar iman? Ecewah.
Harap baik adanya jasad dan ruh kita! Baru boleh jadi orang hebat! Huuyeah!!
Baik, entri kali ni nak cerita pasal ZINE! Ya, zine. Satu
alternatif yang aku klasifikasikan sebagai independent dalam berkarya dan
begitu beraninya pun untuk memberi dan berkongsi karya itu pada sesiapa yang
berkenan. Well, aku pernah jugak menulis dalam beberapa zine ni, sebab
konon-konon suka menulis kan. Hehe
Jadi ketika ada teman di facebook yang cuba menerbitkan
zine aku jadi teruja. Tambah pula dia sedang mencari beberapa orang terawal
yang berminat membaca secara percuma zine yang telah dikompilasikan, maka
wajiblah aku mengangkat tangan dan kata “Hey, saya nak zine ittteeww!!”
Maka dapatlah aku zine itu dan maka terujudlah secara
maya review tentang zine itu di blog yang baru wujud di dunia fana ini.
JENGJENGJENGJENG
TENGTENGTENGTENG!!!!!!
Zine bertajuk BATTLEFIELD ini telah ditulis oleh 3 orang
pemuda pemudi (owh aku cuma dapat kenalpasti seorang sahaja jantina penulis xP)
yang aku boleh katakan kreatif dan menyentuh perasaan. Ewah. Penulis-penulis
diberi nama ALCATRAZ, LOC dan NYONYALEE. Hah, tengok! Nama pena pon kreatip
kan. BATTLEFIELD ini bukanlah cerita pasal medan perang kau nak lawan musuh
dengan senjata api bulldozer dan sebagainya.
BATTLEFIELD cerita pasal perjuangan engkau orang untuk
melawan diri sendiri and the hidden enemy bak kata LOC - dalam satu karya dia -
demi mendekatkan diri pada TUHAN! Pendek kata, kalau kau jenis hati batu
kononnya dan mencari ideologi-ideologi keTuhanan serta resepi-resepi kekuatan
hati maka dapatkan naskah zine ini.
Meh aku kongsi sedikit karya mendema bertiga ni yang
menarik perhatian aku.
(Minta ijin berkongsi yah wahai penulis. ;))
“ BANGKAI HATI”
Hati yang mati,
Kalah di medan tempur rasa,
Setiap calar dan luka,
Kau hadap tanpa bicara.
Namun kau tewas,
Bersama cebisan bangkai rasa,
Aku biarkan saja mati,
Tiada akal untuk hidupkan kembali.
ALCATRAZ
Komen: okeyh, untuk penulisan ALCATRAZ, most of the poem
and cetusan rasa dia ayat dalam satu baris memang serius pendek. Menguji minda
jugak untuk mendalami maksud dia sebab kadang-kadang pada aku terlalu pendek
dan bait-bait dia agak tak menyambung. Tapi itu yang orang kata seni itu deep. And
seni itu sendiri terserah kepada pengkaryanya. Tugas pembaca untuk cari sendiri
maksud tersurat dan tersirat yang hendak disampaikan oleh penulis, kan?
So to you ALCATRAZ, bravo! Banyak betul puisi yang kau
tulis ni. Salute!! ;)
“ESA”
Sakit,
Susah,
Demi Sa.
Sa,
Dia Yang Esa.
Sa untuk satu cuma,
DIA.
Hati bisa berbagi kasih Tuan,
Tidak untuk kasih kepada Tuhan.
Sakit,
Susah,
Demi Sa. Aku sanggup Allah Yang Esa.
”Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang
Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.”
***
Be Legendary Solehah
{LOC}
Komen: Puisi dari LOC yang ini buat aku menitis ar mata. Puisi
dia ringkas tapi chuppp, kena kat hati. Sebenarnya puisi-puisi lain pon dah
cucuk-cucuk hati sebab memang kena dengan keadaan aku sekarang nih tapi yang ni
terus tembus. Entah. Jenis puisi pendek tapi padat ni, jangan buat main-main. Dia
punya aura lain macam !
Eh, kenapa macam kontra pulak dengan komen aku pada
ALCATRAZ? Entah la.
A L H A M D U L I L L A H
Moga kita dapat membezakan
Siapa yang membahagiakan dan siapa pula yang memberi
bahagia
Siapa yang mendengar dan siapa pula yang pemberi pendengaran
Siapa yang mencintai dan siapa pula yang sebenarnya
memberi cinta
Moga kita peka siapa yang utama dan yang lebih utama.
Kebahagian yang kita kecapi tidak akan dikecapi jika
Allah tidak mengizinkan
“ Dan kalau kita duduk senyap, Berfikir dan bermuhasabah diri, Kita akan
rasa Sebenarnya Allah itu dah makbulkan
doa hati”
― nyonyalee
Komen: Duhh, ayat akhir tu damai betul rasa. Penulisan NYONYALEE
paling sempoi. Tapi seperti tulisan lainnya, menyentuh hati dan perasaan. Memang
enjoy baca. ;)
Secara keseluruhan, aku sebenarnya bukanlah orang yang
layak pon bagi komen dan mereview. Tapi since aku ada jugak minat dalam sastera
ni dan suka baca karya orang untuk mengasah lagi penulisan aku. I give thousand
thumbs up and very big applause pada penulis BATTLEFIELD atas usaha anda untuk
keluarkan zine ini. You did a good job!
Hey, zine ini ada 52 puisi sepenuhnya. Kalau nak baca
penulisan meeka, bolehlah beli dari LOC. ini pesanan dia;
"Jujur ini ialah zine
marhaen dari kami bertiga yang masih bertatih dalam dunia penulisan.
Zine ini untuk kita semua mula
berbuat sesuatu. Kami bertiga hasilkan zine dengan nikmat Tuhan, anda yang
membeli pula menyumbang duit dan untung nya kami beri kepada yang memerlukan !
Kita berkongsi rahmat dan rezeki yang diberi Tuhan !
Kita berkongsi rahmat dan rezeki yang diberi Tuhan !
Sungguh ini bukan usaha satu pihak
sahaja, tapi usaha kita semua dengan izin Allah !
***
Anda berminat untuk dapatkan printed version zine ini?
Sila lah PM.
Anda berminat untuk dapatkan printed version zine ini?
Sila lah PM.
May Allah bless !"
contact LOC di
: https://www.facebook.com/syiffarosman
Selamat membeli dan membaca juga menalar makna diri!! ;)
Isnin, 29 Disember 2014
Percutian Bajet di Makassar.
Assalamualaikum
wbt.
Oke. Dalam entry ni
kita pakai bahasa baik sikit yaitu saya (instead of aku kat prev entry) hehe.
Baiklah. Salam kenal
dari saya, yana. Since saya study kat Makassar dan saya lihat ramai jugak
rupanya orang Malaysia nak datang Makassar ni, so kat sini saya nak bagitau
tempat-tempat menarik kat sini, bajet lebih kurang, serta tips and tricks.
Harap membantu. ;)
Jadual kapal
terbang Air Asia KUL-UPG serta UPG-KUL cuma pada Ahad, Isnin, Rabu dan Jumaat
sahaja tau! Kalau dari KUL-UPG dalam jam 1600-1800 sampailah kat sini
bergantung jadual. Kalau UPG-KUL flight dalam jam 1600-1800 dan biasanya akan
dihantar ke bandara dalam jam 1400-1500 macam tu. Maknanya hari datang dan hari
pulang memang tak kemana-mana selain airport-hotel-makan. Jadi rancang berapa
hari anda di Makassar! ;)
Waktu solat pula
adalah seperti berikut:
Subuh 0415
Zohor 1200
Asar 1530
Maghrib 1830
Isyak 1930
Untuk tambang teksi dari airport ke hotel, biasanya hotel
berada di zon 3. Ambil teksi dan tengok zone 3 di cas berapa. Mereka ada kad
yang dah listkan harga ikut zon. Kalau ikut pakai mulut tu depends pada
kebijaksanaan anda. Biasanya dalam Rp150k-180k. Rate teksi biasanya sama. Dan jaga-jaga!
Sebaik anda keluar dari balai ketibaan, orang teksi ramai-ramai akan serbu
anda. Taksi pak taksi buk! Serius pening dan bakalan kaget deh! Jadi berlagak
cool terus-terusan okey!
Untuk sewa kereta standard avanza, tambah supir =
250k+100k = 350k sehari. Ade jugak sampai 400k. Bajet ini biasanya dapat bawak
sampai ke Bantimurung dan Malino. Kalau mintak sampai Rp500k tu da kire kene
kelentong le tu.
Untuk hotel tengok rate. Biasanya start around 250k/room
unt 1 katil queen atau 2 twin bed. Kalau boleh mintak nak ada jendela (tingkap)
pandang luar. Sebab bilik kat sini kecik-kecik. Jangan sampai anda rasa
terkurung sudah. Huhu. Nak book hotel better guna booking.com. anda tak perlu
bayar ketika booking! ;)
Tapi bagi anda yang da ade travel agent tu i guess no
worries la sebab da ade orang setelkan. ;)
Baik. Saya tak kasi
itinery, ini tergantung pada tourist agent anda atau anda sendiri. Saya cuma kasi
rate dan budget yang murah, yang biasa saya dapatkan untuk family saya dan
mereka yang saya uruskan ground handling mereka saat dorang datang sini.
Kita tengok
cadangan nak ke mana saja kat Makassar ni . J
Ketibaan
1700 – Tetamu tiba di
Makassar, dibawa terus untuk check in hotel, dan makan malam di restoran
tempatan selepas solat jama’ takdim maghrib dan isyak. Biasanya tetamu juga
perlu solat jamak takhir zohor asar. ;) lepas dinner pulang ke hotel dan rehat.
;)
**bajet makan tak
dapat dianggarkan. Huhu**
Malino
Biasanya bagi hotel
yang menyediakan breakfast, dah boleh sarapan da dalam jam 7pagi. Dan supir
akan ready on 0800.
Dalam jam 8 pagi
bergerak ke Malino. Perjalanan dalam 1jam 30 minit hingga 2 jam. Kat sini ada
ladang teh, pokok pine, boleh naik kuda, dan air terjun Takapala yang tinggi.
kawasan sini agak sejuk tapi tak sesejuk Cameron Highland. Air terjun sgt deras
dan sejuk gilerr.
ini Malino.
ini Malino.
Yang special kat
sini jus dan buah markissa la. banyak kat sini. Fresh fresh. Kalau kat kota
Makassar tu jus boleh dapat, buah markissa nehi nehi.
Lepas seharian
beraktiviti kt sini on the way balik hotel simggah makan kat restoran lokal,
dan bolehlah solat juga istirehat kat hotel. Aktiviti bebas. Kalau sempat dan
ada tenaga, boleh gerak ke Pantai
Akkarena atau Pantai Losari untuk tengok sunset. Cantik sunset kat akkarena
nih. J
** bajet let say
around rp150k sorang bagi yang nak masuk kebun teh, naik kuda dan bagai-bagai. Sebab
harga kat Malino ni naik turun ikut mood. Bajet da termasuk unt ke Pantai Akkarena
seorang Rp15k.
Bantimurung
0800 bergerak ke Bantimurung, perjalanan masih lagi
makan masa 1jam 30 minit. Kat Bantimurung ni pon air terjun jugak. Tapi tak la
sejuk macam kat Malino. Kata mak saya sini lagi selamat nak mandi. Kat sini ade
dua gua. Gua mimpi dan Gua Monyet. Boleh masuk gua ni tengok kawasan gua yang
sejuk. ;)
Gerak dari Bantimurung,
sesiapa yang berminat boleh gerak ke Leang-leang. Kawasan ni kawasan batu
karst. Saya tak tau batu karst tu ape. Hehehe. Tapi, cantik pemandangan sini
kalau nak tangkap gambar. ;)
On the way balik,
sebelum sampai hotel, singgah lunch. Balik bilik dan rehat. Kemudian, aktiviti
bebas. Malam tu rasa-rasa nak pergi mall ke tengok keadaan, yang muda rasa nak
try wayang kat sini macammana, boleh la.
**bajet masuk
non-local Rp55k/person. Tapi boleh dapat Rp25k/person kalau pandai lenggok dan
bahasa dorang. Nak masuk gua pakai tour guide unt explain pasal gua tu campor
lampu minyak gas tu Rp70k/group. Bajet parking dalam Rp5k.
Trans Studio
Makassar
Jam 1100 gamaknye
cantiklah untuk bertolak. Dah nama trans
studio, seharian main baru puas! Hehe. Trans mall bukak dalam jam sebelas. Jadi
samada lunch kat trans atau keluar lunch mana-mana dulu terserah. Kat trans ni
memang satu hari suntuk, duduk lah kat situ. ;)
**Bajet masuk Trans
dalam Rp100k/person untuk bukan hari cuti umum. Boleh main satu hari
Samalona
Bagi yang gemar nak
snorkel, dan nak snorkel murah, boleh ke Samalona. Nak ke Samalona kena sewa
bot merentas lautan dalam 30-45 minit. Bot ni kene pandai tawar. Biasanya dia
direct letak sampai 600k untuk dua hala (satu bot) tapi boleh dapat dalam 350k
ke 400k sahaja. Satu bot dalam 8-10 orang tu, muat la tu.
Kat Samalona, sewa
tempat duduk satu tempat macam pangkin kat taman rumah tu 50k. Sewa alat
snorkel 50k/set. Set dia bagi kasut menyelam, google, life jacket. Sebagai tambahan,
air kepala 20k, pisang goreng satu porsi 25k. Banyak jugak la pisang dia,
kenyang makan 5 orang. Tandas satu kali masok 10k.
Saya kalau ke
Samalona saya tak bawak baju tukar sebab nanti on the way balik da kering. And,
as soon sampai Makassar balik, terus gerak ke hotel, rehat dan keluar makan,
kemudian aktiviti bebas. Nak jalan ke Fort Rottendam ke, nak jalan beli ole-ole
ke, nak jalan tengok Muzium Balla Lompoa ke, Makam Sultan Hasanuddin kat Gowa,
Benteng Somba Opu ke J
Gowa Discovery Park
Dekat Gowa
Discovery park ni ade 3 tempat. Water theme park, Taman Burung dan Tree top
tempat aktiviti lasak. Kat sini pon kira sehari jugak kalau masuk ketiga-tiga
tempat. Bajet dalam Rp 120k/person.
Ok. Yang saya tulis
ni Cuma beberapa tempat yang dekat dengan Kota Makassar. Sebenarnya banyak lagi
tempat menarik dan cantik Cuma jauhnye menjangkau 5-7 jam perjalanan. Anda boleh
search Tanjung Bira dan Toraja. Biasanya kalau ke sana lain kos dan perkiraan.
;)
Owh, untuk restoran
atau rumah makan yang biasanya student kat sini bawak parents dia pergi adalah:
Dapur Kepiting
Wong Solo
Kondro Bakar Karebosi
Rumah Makan Dinar
Rumah Makan lae lae
Rumah Makan Paotere
Ayam Penyet Ria
Cafe The Boss
Bangi Kopitiam
Baiklah, itu sahaja
entry pasal jalan-jalan, anything nak tanya bolehla contact saya kat 0139663458
whatsapp sahaja.
Salam sayang dari
orang Malaysia di Kota Angging Mammiri. ;)
Yana.
Label:
Cuti,
Indonesia,
jalan-jalan,
makassar,
Sulawesi Selatan
Langgan:
Catatan (Atom)









